Pages

Saturday 25 January 2014

Cashew Cranberry Chocolate

Assalamualaikum w.b.t.
Masak aper tuuu....hehehe...hari ni hari cuti. Hari untuk merehatkan diri. Tapi kat rumah saya ni kelentung kelentang, gong greng gong greng orang sedang ubahsuai tandas. Kat mana nak berehat pun tak tahu. Harap2 hari ni siapla semuanya. Sakit dada & mata tengok rumah berdebu saja. Disebabkan malas nak masak dengan keadaan rumah yang berdebu sana-sini, saya merajinkan diri buat coklat saja. Mudah sangat nak buatnya. Jom kita tengok resepinya. Coklat ni sedap tau...gabungan rangupnya gajus, masam manis cranberry & manis pahit dark coklat.
CASHEW CRANBERRY CHOCOLATE
350gm coklat masakan, cairkan
1 1/2 cawan gajus, dibakar
1/2 cawan dried cranberry

LANGKAH2 PENYEDIAAN
1. Cairkan coklat secara double-boiler. Kalau nak masukkan dalam microwave pun boleh juga. Saya guna kaedah double-boiler jer.
2. Sementara itu, bakar biji gajus di dalam oven selama 5-8 minit atau sehingga masak.
3. Satukan biji gajus & cranberry di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan coklat cair tadi. Gaul rata. Tuangkan ke dalam loyang 10 inci x 12 ini (loyang marble shortbread) & ratakan.
4. Untuk menyenangkan & supaya bar coklat sama saiz, letakkan cetakan di atas coklat sebagai penanda supaya senang untuk memotong nanti.
5. Bekukan di dalam peti sejuk. Siap

Note: gambar saya masukkan kemudian.

Thursday 23 January 2014

Lompat Getah a.k.a. Zero Point

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua lagi kita di alam maya ini. Hari ni saya nak cerita pasal permainan lagi. Sebenarnya budak² dulu kreatif, lasak & innovative jugak. Iyerlah, dari benda² di sekelilingnya saja, dia dapat create macam² permainan. Contohnya, biji getah boleh digunakan untuk laga getah atau biji congkak, isi biji getah tu pulak boleh dibuat umpan ikan. Dulu abang² saya pernah membuatnya. Tin² susu buruk dibuat permainan baling tin dengan selipar. Begitu juga dengan tempurung kelapa, dijadikan jalan atas tempurung. Sama juga dengan upih pinang. Tapi hari ni saya nak cerita pasal permainan lompat getah a.k.a. zero point. Caranya kita cuma sambung²kan getah (lihat gambar 1) hingga mencapai panjang yang dikehendaki & disimpul mati hujungnya agar tidak terburai. Kalau dulu² lepas ayah beli barang, mulala himpun getah² ni. Siap janji dengan kawan² lagi, pakat² himpun & sambung²kan nanti.
Getah yang telah disambung²
Permainan ini memerlukan sekurang²nya tiga orang pemain atau berkumpulan. Kalau berkumpulan ianya dimulakan oleh 'Ibu' & diikuti oleh 'anak²'. Jika 'anak' melanggar giliran semua ahli akan 'mati' & giliran kumpulan lawan pula. Dua orang akan ditugaskan memegang hujung getah, sementara yang lain akan melompat melepasi getah tersebut mengikut paras yang telah ditetapkan. Sesiapa yang tinggi merupakan bonus baginya. Paras bawah sekali (pijak getah dengan tapak kaki), paras lutut, paras paha, paras pinggang, para ketiak, paras bahu, paras telinga, paras kepala & terakhir sekali paras angkat tangan. Bagi menetukan giliran siapa yang bermain dulu, boleh gunakan cara lam lam lip tam plom ataupun cabut lidi. Kalau berpasukan 'ibu'nya sahaja akan menjadi wakil pasukan.

Tahap 1 - Pijak Getah Dengan Tapak Kaki: Peserta akan melompat getah tersebut. Yang ini mudah saja. Semua yang melompat akan menyebut zero point. Pastikan tidak menyentuh getah itu, jika tersentuh semuanya kan 'mati'.

Paras 2 - Lutut: Melakukan proses yang sama. Ini  tahap paling senang juga. 

Tahap 3 - Paras Paha: Peserta akan melompat melepasi getah. Kalau tersangkut, gagal.


Tahap 4 : Paras Pinggang
Tahap 4 - Paras Pinggang: Peserta akan melompat melepasi getah. Tahap ini, jika tersentuh getah, masih boleh teruskan permainan. Tahap ini & seterusnya masih tidak 'mati' sekiranya tersentuh getah.

Tahap 5 - Paras Ketiak:  Agak mencabar kerana ketinggian makin bertambah.
Tahap 6: Paras Bahu

Tahap 6 - Paras Bahu: Peserta dikehendaki melompat melepasi getah tersebut. Jika tersangkut, gagal.

Tahap 7 - Paras Telinga/Mata: Juga masih melakukan perkara yang sama. Kena lompat melepasi getah tersebut. Ataupun boleh tiru gaya seperti dalam gambar. Tapi mesti berhati² kalau² getah terlepas terkena mata.

Tahap 8 - Paras Kepala: Ambil jarak & lompat setinggi boleh. Ataupun boleh juga dengan jatuhkan tangan di atas lantai & cangkuk getah dengan hujung jari.


Tahap 7: Paras Telinga

Tahap 9 - Melepasi Kepala: Luruskantangan & getah dihujung jari. Peserta kena melompat melepasinya. Biasanya kalau tinggi macam ni, peserta akan guna cara jatuhkan tangan di lantai & cangkuk getah dengan hujung kaki. Tahap ni agak mencabr & kerana itu peserta biasanya diberi peluang sebanyak tiga kali.
Tahap 8: Paras Kepala

Tahap 9: Luruskan Tangan








Huruf Z & C Pada Paras Pinggang: Melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang 'mati' pada paras yang sebelum ini, pemain boleh di'hidup'kan kembali jika ada pemain dari pasukan yang sama membuat satu laompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua² pasukan). Ini merupakan penamat pada pusingan pertama.

Sesungguhnya permainan dulu² memang menyihatkan. Berlari, melompat, kejar-mengejar & macam² lagi. Bila terkenang-kan suasana yang begitu, kenangan lama mengimbau kembali. Tersenyum sendiri. Oh..indah sungguh alam kanak². Tapi sayang takkan berulang lagi. Sekarang ni, dah payah nak jumpa permainan² macam ni. Budak² sekarang lebih mengenali Xbox, PS3 & sebagainya.
Credit: Gambar² semua dari internet/google

Tuesday 21 January 2014

Quote of The Days

Be careful, there's price to be paid 
for exceptional treatment

There is a time in life of every problem
when it is big enough to see,
yet small enough to solve
- mike leavitt

Kerabu Mangga

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya nak share cara² membuat kerabu mangga. Buah mangga ni kakak saya bawa dari Melaka masa datang hari Thaipusam dulu tu. Banyak dia bawa: buah mangga, rebung jeruk & udang kering dari Sabah. Terimaksih jer lah. 
KERABU MANGGA
Bahan A: Diracik/Dihiris
2-3 biji mangga muda, hiris memanjang
1 biji tomato, buang biji & potong memanjang
1 biji timun, hiris memanjang (opt)
1 kuntum bunga kantan, diracik
1 biji bawang holland/bawang merah, potong kasar
Bahan B: Disatukan & Digaul Rata
3-4 biji limau nipis, diambil jusnya
10 biji cili padi, dipotong halus
2 ulas bawang putih, diracik halus (opt)
2 sudu sos ikan (nampla)
garam & gula secukup rasa
Taburan
ikan bilis goreng
kacang tanah, disangai & ditumbuk kasar
Dengan taburan ikan bilis & kacang tanah
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk. Gaul rata. Tuangkan Bahan B & gaul rata. Sesuaikan rasanya. 
2. Alaskan pinggan dengan daun salad & letakkan kerabu mangga. Jika suka boleh taburkan bahan taburan. Siap untuk dihidangkan.
3. Note: Kalau suka pedas, lebihkan cili padi.

Monday 20 January 2014

Kek Pisang Marble

Assalamualaikum w.b.t.
Semalam pergi pasar, nampak pisang lemak manis, cantik² sangat. Beli dua sikat. Bila malam tengok pisang tu ada lagi sesikat. Terasa pulak nak makan kek pisang. Besok pula hari Isnin, bolehla buat bekal untuk Miss 14 & Miss 12. Terus ke dapur, mulakan baking project
KEK PISANG MARBLE
Bahan A: Disatukan & Diayak
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bicarbonate
½ sudu teh garam halus
Bahan B: Diputar Hingga Gebu
140gm gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur 
Bahan C
125gm butter, dicairkan
100gm minyak jagung
300gm pisang lemak manis, dilecek halus
½ sudu teh esen pisang (opt)
serbuk koko/paste chocolate (opt)
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan loyang dengan mentega & alas dengan baking paper, atau boleh juga ditabur dengan tepung & kemudian keluarkan lebihan tepung. 
2 Satukan gula, ovalette & telur ke dalam mixer. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & pekat (macam adunan kuih bahulu). Perlahankan speed & masukkan pisang lecek. Putar dengan speed rendah sekali, biar sebati.
3. Masukkan Bahan A berselang seli dengan minyak & mentega cair tadi. Dimulai dengan tepung & diakhiri dengan tepung juga, e.g. tepung-->minyak-->tepung-->mentega cair-->tepung. Buat hingga siap & putar biar sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi. bakar selama 50-60 minit atau hingga masak, bergantung pada tahap kepanasan oven masing².
5. Biarkan kek betul² sejuk, baru dikeluarkan dari loyang. Hidangkan sebagai minum petang bersama secawan teh 'O'...fuh.. marvelous.
Pesanan: Pastikan kek betul² sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang,
contoh orang kurang sabar macam saya, hasilnya kek nampak sopak....

Thaipusam Day / Agar2 Madu Tiga

Assalamualaikum w.b.t.
17 January 2014 (Jumaat) adalah hari Thaipusam. Disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa hindu. Juga hari cuti umum bagi warga Selangor & negeri² sewaktu dengannya. Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah & Sarawak belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum lagi. Pada tahun 2008, Kuala Lumpur & Putrajaya pun menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum.

Sebenarnya itu selingan saja. Kalau nak tahu lebih terperinci bolehlah baca di Wikipedia. Saya nak bagitau yang hari ni kakak dari Melaka nak datang rumah dengan anak²nya & cucu²nya merangkap cucu² saudara saya. Permintaannya katanya nak makan nasi dagang. So, pagi Jumaat tu saya dengan suami & anak² ke pasar Sungai Besi...nak cari ikan tongkol ak.a. ikan aya a.k.a. ikan kayu, nak masak gulai.

Sebelum tu rendam dulu beras pulut + beras wangi. Kalau nak masak nasi dagang ni, berasnya kena rendam selama 6-8 jam terlebih dahulu, sama macam nak kukus pulut. Untuk resepi nasi dagang, bolehlah dapatkan di sini. Saya masak pada awal tahun hari tu. Dan hari ni saya masak lagi. Semuanya sama jer, cuma saya gandakan saja, maklumlah ramai. Gambar ramai² tak sempat nak snap. Busy bergosip..
 
Memang seronok bila berkumpul ramai² macam ni. Macam² yang disembangkan. Tambahan pula tengok keletah si Izz Zara tu...dekat pukul 3 pagi baru tidur. Hari tu juga 'mak buyung' (along) ada request nak makan agar² pecah, laici & nenas. Jadi sayapun buatla... resepi hentam keromo sudah. Tapi, alhamdulillah, sedap pulak kat tekak ni. Nak kena buat lagi ni. Okey, di sini saya bagi resepinya.
AGAR² MADU TIGA (PEACH, LAICI & NENAS)
Lapisan 1
13 gm  jelly powder konnyaku
315 gm gula pasir
450 ml air
250 ml syrup laici
250 ml syrup peach
350 ml susu cair
Lapisan 2
½ tin nenas kiub
7 gm jelly powder konnyaku
175 gm gula pasir
500 ml air 
200 ml syrup nenas
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Lapisan 1: Didihkan air dalam periuk. Satukan gula & jelly powder & masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau cepat² untuk elakkan jelly powder berketul. Bila gula telah melarut, masukkan syrup laici, syrup peach & susu cair. Kacau sebati hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Susun buah peach & laici ikut kreativiti sendiri. Saya susunkan buah peach ikut alur acuan & letakkan laici di antaranya. Tuang perlahan adunan tadi ke dalam acuan, jangan sampai buah berselerak, nanti tak cantik. Biarkan beku.
3. Lapisan 2: Didihkan air dalam periuk. Satukan gula & jelly powder & masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau cepat² untuk elakkan jelly powder berketul. Bila gula telah melarut, masukkan syrup nenas & nenas kiub tadi. Kacau perlahan hingga mendidih. 
5. Tuangkan adunan ke atas Lapisan 1 tadi. Sebelum tuang, lorekkan Lapisan 1 tadi dengan garpu, supaya nanti Lapisan 2 akan melekat elok dengan Lapisan 1 tadi. Biarkan sejuk sebelum didingin-bekukan dalam peti ais.
Lapisan atas: buah peach & buah laici
Lapisan bawah: kiub nenas

Wednesday 15 January 2014

Keretaku

Assalamualikum w.b.t.
Pagi tadi kereta saya telah bergesel dengan kereta Atos silver (BHN 9839) seorang lelaki ni. Dalam perjalanan nak ke tempat kerja, entah macam mana kereta boleh tergesel dengan keretanya. Saya berat mengatakan bahawa dia yang salah kerana dia cuba untuk memotong Q & pada masa yang sama kereta saya memasuki lubang, jadi tergesel kereta dia. Saya tak sedar pun, jadi saya pandu macam biasa jer...tapi saya perasan macam dia ikut rapat dengan saya. Hinggalah saya berhenti untuk parking dekat office.

Tiba2 saja mamat ni tengking saya. Ish..terkejut mak tau. Tak bagi salam tak apa terus...ni awak langgar kereta saya ni, siapa nak bayar ni. Tak terkejut ngko. I terus cakap..kalau saya langgar saya bayarla...tapi panjang lagila dia membebel...malas pulak nak nulisnya. Bila saya tengok kereta saya, tak ada apa pula, cuma kereta dia jer macam ada kesan cat tergesel. Kesimpulannya mamat nih macam mak nenek & at the end saya bawak pergi workshop, settle kat situ. Saya nak secepat mungkin tak nak ada apa2 kaitan dengan mamat ni. So, saya bayar RM110.00 dekat tokey workshop tu & pandai2la dia bila nak hantar kereta untuk dicat. Fikir2 balik  adala tu benda tak baik saya buat, kifarah....

Puding Buah Naga / Dragon Fruit

Assalamualaikum w.b.t.
Semalam lepas dah makan malam, mulut terasa nak makan manis² pulak. Buka peti sejuk, nampak buah naga tergolek² sebiji. Buka freezer ada whipping cream. Ok, boleh teruskan projek.
PUDING BUAH NAGA
Puding/Lapisan Putih
5gm agar² serbuk
110gm gula pasir
400ml air
1 cawan non-diary whipping cream, dipukul sehingga kaku
Puding/Lapisan Merah
300gm isi buah naga merah, dikisar
10gm agar² serbuk
240gm gula pasir
2-3 sudu teh perahan limau nipis
950ml air
10 biji buah starwberry, diksiar (opt)
 LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Puding Merah: Didihkan air. Satukan agar² & & gula & masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau rata hingga gula melarut. Masukkan buah naga & strawberry kisar. Kacau rata. Matikan api dahulu, baru masukkan air perahan limau nipis.
2. Tuangkan ke dalam loyang/acuan & biarkan ¾ beku.
3. Puding Putih: Didihkan air. Satukan agar² & & gula & masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau rata hingga gula melarut. Masukkan whipping cream. Kacau sebati & biarkan mendidih sekejap. Tuang ke atas adunan merah tadi. Bekukan.
4. Note: Cakar² manja adunan merah supaya adunan putih melekat elok nanti.

Sunday 12 January 2014

Restoran Krathong

Assalamualaikum w.b.t.
Ini tak ingat dah tarikh dia bila, tapi masih dalam bulan ni jugaklah. Kami sekeluarga ke Krathong Sri Petaling. Yang saya tahu Krathong ni ada dua, satu dekat dengan rumah saya, di Bandar Tasik Selatan & satu lagi di Sri Petaling. Jauh sikitla dari rumah. Nak rasa kelainannya. Jadi kami berempat makan individual punya, bukan ala-carte.
Miss 14 & Miss12 makan nasi goreng pattaya. Saya makan nasi goreng pedas & Encik Suami makan nasi paprik. Minum air cendol & jus asamboi-epal. Sedap. Harganya pun sangatlah berpatutan sebab makanan dia portion besar. Kalau yang perut kecik tu, 1 pinggan boleh kongsi dua orang makan.
Cendol
 
Nasi Goreng Pattaya
Itu saja yang sempat disnap gambarnya. yang lain... dah masuk dalam perut. Alhamdulillah. Saya sebenarnya kadang² tu bila tengok ramai orang, segan sikit nak ambil gambarnya. Jadi mana sempat jer... Yang tak ada dalam gambar ialah pulut mangga, nasi paprik, nasi goreng pedas & jus asamboi-epal.

Krathong Thai Restaurant
D1 & D2, Glass City, Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling, 5700 Kuala Lumpur
011-1176 5202

Petua Di Dapur

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua lagi kita. Hari ni 12 January 2014, hari cuti bagi saya... dan ibu² lain yang bekerjaya. Emmm...okey, hari ni saya nak kongsi petua² di dapur. Petua² di bawah ni saya dah cuba semuanya, Alhamdulillah... berkesan. Bila dah berkesan, marilah kita kongsikan benda² baik ni. Rugi tak kongsi ramai² benda baik ni.

PETUA DI DAPUR

1. Ikan Tetap Segar: Siang ikan & buangkan isi perut & insangnya. JANGAN dicuci. Bungkus menggunakan kertas surat khabar & masukkan ke dalam plastik. Lipat kemas² & simpan dalam peti sejuk. Lagi bagus kalau ikan besar tu, kita asingkan  seekor².

2. Ikan/Ayam Tidak Melekat Ketika Menggoreng: Pastikan minyak betul² panas, baru masukkan ikan/ayam. Caranya, renjiskan sedikit air ke dalam minyak & tunggu segingga hilang bunyi desir. Itu menandakan minyak sudah betul² panas. Pastikan minyak menutupi ikan/ayam tersebut. Boleh juga letakkan sekeping asam gelugur.

3.  Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang: Pegang bahagian ekor & kepala ikan. Tarik arah bertentangan sehingga terdengar bunyi berderap. Kemudian baru dipotong ikan tersebut kepada kepingan kecil.

4.  Merangupkan Ayam Goreng: Gaulkan ayam dengan garam & kuniyit ataupun apa² bahan perapan. Kemudian tambahkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut & gaul sebati. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh. Enak!!!

5.  Hilangkan Bau Hanyir/Lendir Ikan Sungai: Ikan sungai atau ikan air tawar sememangnya mempunyai bau yang agak kuat jika tidak kena cara membersihkannya. Untuk menghilangkan bau hanyir, carik²kan daun serai & gaulkan bersama asam jawa. Tambahkan sedikit air. Ramas²kan di badan ikan & biarkan sebentar. Bilas bersih & bolehlah digunakan untuk memasak.

6. Kurangkan Masin Kari/Sup: Ambil sebiji kentang (bergantung pada tahap kemasinan, lebih masin lebih banyak kentang digunakan), kupas, bersihkan & di belah dua. Masukkan ke dalam kari/sup yang terlebih masin tadi. Kentang ini akan menyerap rasa masin dari kasi/sup tadi. Ada juga petua yang menggunakan daun pisang. Daun pisang dicuci bersih & masukkan ke dalam masakan.

7. Agar Ikan Keli Cepat Mati: Masukkan ikan keli ke dalam bekas tanpa air. Masukkan segenggam garam kasar ke dalam bekas tersebut. Biarkan seketika.

8.  Cara Mudah Kupas Kulit Udang: Adakalanya udang yang disimpan lama agak susah untuk dibuang kulitnya. Ambil sedikit garam & masukkan ke dalam bekas berisi air. Gaul sebati & masukkan udang. Rendamkan selama 10-15 minit. Kemudian kupaslah kulitnya.

9. Kurangkan Masin Ikan Masin: Rendam ikan masin dalam air basuhan beras. Biarkan seketika. Kemudian bilas bersih & sedia untuk digunakan.

10. Menghilangkan Bau Hanyir ikan Patin: Basuh ikan dengan air beras yang dicampur dengan asam jawa. Rendam seketika. Bilas denga air hingga bersih & sedia untuk digunakan.

Friday 10 January 2014

Quote of The Days

Making a choice and protecting something
is a difficult things to do. Even if you have made a choice,
no one knows what comes after that as well...
Even when you have made a very difficult decision,
it might put you in more difficult situation...
because bearing someone with love doesn't always bring you happiness...
sumber: google

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum w.b.t.
Puding kasih bertaut ni saya buat untuk di bawa ke kenduri kahwin kawan pada minggu lepas. Biasalah kan cuti² sekolah ni, ramai orang nak membina masjid... alhamdulillah! benda baik jangan ditangguhkan. Pada bujang² di luar sana, kalau dah mampu dari segala segi, jangan tunggu lama², cepat²la hantar rombongan meminang ke rumah keluarga tersayang. Menangis syaitan ni bilamana tahu anak Adam nak menghalalkan hubungan teruna dara ni. Sekarang, mari kita tengok bahan²nya pula.
PUDING KASIH BERTAUT
Bahan A
5 gm konnyaku jelly powder (1 paket = 10gm)
½ cawan gula pasir
300ml air
200ml santan
1 biji telur
1 sudu teh sirap ros + pewarna merah
1 sudu teh perisa pandan + pewarna hijau
1 sudu teh lemon paste + pewarna kuning
Bahan B
5 gm konnyaku jelly powder (1 paket = 10gm)
¼ cawan gula pasir
500ml air
50gm gula melaka
1-2 helai daun pandan, disimpul

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Bahan A: Masak air di dalam periuk hingga mendidih. Satukan jelly powder & gula pasir. Kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi air tadi. Kacau rata. 
2. Pecahkan telur ke dalam santan & kacau rata. Tuang ke dalam periuk berisi larutan jelly powder tadi & kacau sebati. Terus dikacau sehingga larut & mendidih dengan api perlahan.
3. Tapiskan adunan & bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Letakkan perisa & pewarna kesukaan. Kemudian tuangkan ke dalam cetakan kesukaan ataupun boleh juga dibiarkan mengeras & potong kepada kiub² kecil. Saya menggunakan cetakan (seperti di gambar).
4. Bahan B: Masak air di dalam periuk bersama daun pandan hingga mendidih. Satukan jelly powder & gula pasir & tuangkan ke dalam periuk berisi air tadi.
5. Tambahkan gula merah (jika suka), kacau rata. Masak hingga gula larut & mendidih. Angkat & tapiskan adunan ke dalam bekas yang berisi cetakan agar² tadi. Biarkan adunan sejuk dahulu baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
ini untuk potluck di pejabat
Selamat mencuba!! 

Thursday 9 January 2014

Bolu Kukus Pelangi Putih Telur

Assalamualakum w.b.t.
Hari sabtu lepas,  saya buat lagi bolu kukus pelangi putih telur ni. Sebelum ni saya dah buat kat sini. Di sebabkan bolu ni gebu & lembut, sedap & wangi jer, jadi saya repeat sekali lagi. Memang sedap.

Lagi pulak lebihan putih telur yang banyak sebab ada orang tempah kek roll lapis sarawak. Kek lapis roll ni banyak guna kunig telur jer. Dulu² tu kalau dapat tempahan kek lapis roll ni, kepala dah mula pening nak dibuat apa dengan putih telur yang melambak nih... tapi sekarang tidak lagi. Okey, sini saya paste gambar²nya buat tatapan semua. Apa lagi.. jomla kita buat. Tak rugi mencuba.


 

  
Selamat mencuba!!!

Restoran Beriani Asif

Assalamulaikum w.b.t.
Ini cerita hari ahad lepas (5 Dec 2014). Kami sekeluarga pergi lunch di Restoran Asif, belakang J.W. Marriot Hotel. Nasi beriani ni pada saya memang sedap sangat, lembut & menggunakan beras panjang. So, mari kita tengok apa yang kami order.
Yang belum sampai ikan siakap bakar
Chicken Tikka... sedap
Garlic & Cheese Nan... lembut & sedap
Lamb Shank Masala & pencicah mint
Mango Juice... fuh... terangkat!!!
Itu saja gambar² makanan yang diorder yang sempat dipotretkan sebagai kenang-kenangan. Yang tak sempat nak diambil gambarnya ialah lamb tikka, fish barbekue (siakap), kacang kuda masak kari dan limau ais 1 jug. Air kat sini kalau pergi dalam 4-5 orang, lebih baik order by jug, kerana RM5.00/glass & RM15/jug. Jadi mari kita pilih jug. Saya order limau ais & mango juice.
Kesimpulannya, memang direkomenkan makan kat sini. Rasanya sedap & harganya pun berpatutan dengan kualiti makanan yang dihidang. Pada sesiapa yang berhajat, silakan:

Nasi Beriani Asif
Jalan Padang Walter Grenier Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Talam Labu Lemak Manis

Assalamualaikum w.b.t.
Lama tak update blog. Bukan sibuk sangat pun, tapi itulah......idea tak berapa nak ada nak karang cerita kat sini. Tambahan pula di awal tahun ni, sibuk sikit dengan persiapan persekolahan anak². Minggu pertama dah berlalu... alhamdulillah, berjalan lancar semuanya. Sesak juga nafas bila calculate jumlah perbelanjaan untuk ke sekolah Miss 14 & Miss 12. Baru dua orang tu... Bayangkan orang yang ramai anaknya... tambahan pula dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Tahun 2013 & awal tahun 2014 ni macam ada pesta kenaikan harga barang pula. Masing² berlumba² menaikkan harga barang. Tapi, jangan risau, rezeki anak² dah ditetapkan. 

Okey membebel pulak dia yer... Hari tu ada beli labu di Tesco Shah Alam, nampak halus jer isinya. Tetap beli sungguhpun tak terfikir nak masak apa lagi. Tadi google blog sifu² kat sini & terjumpala resepi yang bagi saya amat senang ini. Untuk resepi asal sila ke sini. Resepi di bawah ni, dah diolah oleh saya.
TALAM LABU LEMAK MANIS
(Loyang 7" x 7")
 
Lapisan Bawah
300gm labu, direbus & dilecek halus
70gm tepung beras + 30gm tepung jagung, diayak
1¼ cawan santan sederhana pekat
¾ cawan gula pasir
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh pewarna kuning telur (optional)
Lapisan Atas (Dadih)
40gm tepung beras = 20gm tepung jagung
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Langkah Penyediaan
1. Lapisan Bawah: Satukan semua bahan, kecuali labu. Kacau sebati & masakkan atas api sederhana. Kacau selalu. Bila agak pekat sedikit, masukkan labu tadi & kacau rata. Masak sehingga adunan agak pekat & ada letupan kecil (~10 minit). Angkat & tuangkan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak/butter cair. Ratakan & biarkan sejuk & mengeras sedikit.
2. Lapisan Atas (Dadih): Satukan semua bahan & kacau rata. Masak atas api sederhana sehingga pekat & meletup-letup, adunan hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak berkerak di dasar periuk. Matikan api. Tuangkan ke atas adunan labu tadi & ratakan.
3. Biarkan kuih benar sejuk sebelum dipotong. Hidangkan.
Sedap...

Wednesday 1 January 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat menyambut tahun baru 2014. Apa azam baru anda pada tahun ini... soalan cliche yang selalu ditanya. Pada saya, azam yang bertahun-tahun sudah pun masih gagal untuk dilaksanakan. Tumpang sedih untuk diri sendiri.
Okey, walau apapun azam anda & anda & anda di luar sana, harapan saya semoga tahun ini kita semua dikurniakan rezeki kesihatan yang sihat agar dapat menggandakan amal-ibadat, mencari rezeki yang halal buat keluarga & masyarakat & segalanya yang baik² sahaja & sentiasa dalam lindunganNya.
Membuka tirai 2014 ni, saya mulakan dengan menjamu keluarga dengan nasi dagang Trengganu (permintaan Encik Suami). Pada sesiapa yang confident dengan orang Perak yang cuba memasak nasi dagang Trengganu ni, bolehlah mencuba resepi di bawah. Tapi pada sesiapa yang kurang yakin, bolehlah google di internet.
NASI DAGANG TRENGGANU
Nasi Dagang
4 cawan beras wangi/basmathi, direndam selama 3 jam
2 cawan beras pulut, direndam selaman 8 jam/semalaman
1½ inci halia muda, dimayang
4 ulas bawang merah, dimayang
2 sudu teh halba
1½ biji kelapa (jadikan 1½ cawan pekat & 2½ cawan santan cair)
garam secukup rasa
Gulai Ikan Tongkol/Aya
1 kilo ikan tongkol, direbus
Bahan A: Dikisar Halus
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 hiris lengkuas
2 hiris halia
1-2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
 Bahan B
8 sudu besar cili kisar
1½ liter santan (ikut kepekatan yang disukai)
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar kerisik
4-5 keping asam gelugor
½ buku kecil gula melaka/nesan
10-15 biji cili padi, diketuk
Ayam Percik
1 ekor ayam dibelah 4 (saya guna 2 bhgn saja)
Bahan Perapan: Dikisar/Ditumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
garam secukup rasa
Bahan Kuah Percik: Dikisar Halus
1 biji bawang holland/bawang besar
3 biji bawang merah
10 tangkai cili kering (kalau mahu kuah merah)
1 inci halia
sedikit belacan
Bahan Lain
2 cawan santan
1 keping asam gelugur
5 batang serai, diketuk, (2 batang digunakan untuk menyapu
kuah percik ke ke atas ayam bakar)
½ sudu teh halba
sedikit gula melaka/nesan
garam & gula secukup rasa
Acar Timun
1 biji timun, dihiris memanjang
1 biji carrot, dihiris memanjang
¼ biji kobis, disagat memanjang
1 biji cili merah, dipotong serong
1 biji cili hijau, dipotong serong
1 biji bawang besar, potong bulat
garam, gula & cuka secukup rasa
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Nasi Dagang: Didihkan air dalam periuk pengukus. Kalau lubang kukusan agak besar, alaskan dengan daun pandan/daun pisang. Tapi jangan sampai menutupi semua lubang² periuk, nanti mentah pula nasinya.
2. Cuci beras & toskan. Tuangkan ke dalam kukusan & kukus selama 25 minit/¾ masak. Angkat & arungkan (gaulkan) dengan santan cair & halia sehingga rata. Masukkan sekali lagi ke dalam kukusan. Kukuslah sehingga masak, ~ 20-30 minit. Angkat.
3. Sekali lagi arungkan pulut, kali ini dengan santan pekat yang telah dicampurkan dengan garam, bawang merah & halba. Arung sehingga agak lembut nasi tersebut.  Sesuaikan rasa & siap untuk dihidangkan.
4. Gulai Ikan Tongkol: Santan dimasak dengan api sederhana sehingga naik minyak. Dalam periuk lain, rebuskan ikan tongkol dengan asam keping lebih kurang 15 minit. Bila santan sudah naik minyak, masukkan Bahan A & kacau lagi sehingga naik minyak. 
5. Kemudian masukkan Bahan B & kacau sebentar. Api biar perlahan. Bila mendidih, masukkan ikan tongkol bersama air rebusan & asam keping tadi. Masukkan cili padi & reneh dengan api perlahan sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini. Siap.
6. Ayam Percik: Perap ayam dengan bahan perapan selama 1-2 jam. Bakar ayam menggunakan pan/oven. Kalau menggunakan pan, balik² ia agar masak sama rata.
7. Sementara itu, Masukkan santan & bahan kuah percik ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
8. Masukkan 3 batang serai, asam gelugor, halba & gula melaka/nesan. Perasakan dengan gula & garam. Kacau sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
9. Keluarkan ayam & renjis dengan kuah percik (menggunakan batang serai yang diketuk). Bakar lagi. Kemudian ulang lagi langkah yang sama sebanyak 3 kali. Kuah yang selebihnya dimasukkan ke dalam mangkuk & tuang ke atas ayam ketika menghidang.
10. Acar Timun: Rendam hirisan timun, carrot & kobis ke dalam air kapur sebentar. Toskan. Masukkan semua hirisan ke dalam mangkuk besar. Campurkan garam, gula & cuka. Sesuaikan rasanya. Siap.
Selamat mencuba..