Pages

Wednesday 11 December 2013

Childhood Memories: Main Selambut a.k.a. Batu Seremban

Assalamualaikum w.b.t.
Sesiapa di sini yang tak tau apa itu permainan selambut/batu seremban? Ada ek? OK, hari ni saya nak bercerita tentang selambut/batu seremban ni. Permainan ni memang sinonim dengan kanak² yang lahir dalam tahun 60an, 70an, 80an & 90an. Sekarang pun ada lagi, cuma material & cara permainan mungkin berbeza. Ialah...berubah seiring peredaran masa.

Selambut/batu seremban ni biasanya dimainkan oleh 3-4 orang. Sebenarnya tiada had untuk bilangan pemain, tetapi kalau  ramai yang bermain makin panjanglah angka giliran. Selambut/batu seremban ni ada yang 7 biji & ada yang 5 biji. 
Sumber: Google
"Selambut atau juga dikenali sebagai batu seremban atau serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung, permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai 2 - 5 orang. Permainan selambut memerlu-kan beberapa biji buah, seperti guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan² objek lain berbentuk bulat, lazimnya sebanyak 5 biji. Selain itu karung kain yang dijahit & diisi dengan biji saga, pasir & sebagainya juga digunakan" - sumber: wikipedia.

Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang; biasanya di serambi rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Lebih selesa duduk di atas lantai. Kalau saya dulu selalu bermain di beranda; sebab beranda rumah saya menghadap jalan. Sambil bermain sambil tengok orang lalu-lalang. Untuk bermain selambut/batu seremban ni, ada juga peraturannya. Mula² kena undi siapa yang nak mula dahulu.
Menimbang buah
Undian: Biasanya undian dilakukan dengan cara menimbang batu (kalau kat kampung saya lebih dikenali sebagai tagan). Caranya; batu dilambungkan & disambut dengan belakang tapak tangan. Imbangkan berapa biji di belakang tapak tangan (rujuk gambar) & lambungkan lagi & cuba mencangkup kesemuanya. Sekiranya ada batu yang jatuh ke lantai, otomatik gagal. Katakan batu yang ada di belakang tapak tangan adalah 5 biji & selepas lambungan pemain mencangkuknya dengan cara memusing tapak tangan, maka jumlah batu di darab 2 = 10, tetapi sekiranya hanya dengan menadah, maka jumlahnya tetap 5. Siapa yang jumlahnya paling banyak, maka dialah yang mula dahulu.
Cara Bermain: Mula² kita taburkan batu² tu di atas lantai. Ambil satu sebagai ibu. Lambungkan ke udara, dalam masa yang sama kita mengambil batu di lantai. Pastikan selepas mengambil batu di lantai, kita menyambut kembali batu yang dilambung tadi. Sekiranya tak sempat mengambil batu yang dilambung tadi, maka gagal. Maka terus ke giliran pemain seterusnya. Pastikan juga kita tidak menyentuh batu² yang lain semasa kita mengambil batu di lantai. Tetapi sekiranya pemain dapat bermain hingga tamat menimbang /tagan batu & memperolehi mata, maka pemain boleh meneruskan permainannya.
Batu 7
Batu 5
Biasanya kalau batunya 7, cara bermainnya: lambung ibu batu, ambil 1 batu di lantai, lambung lagi ibu batu, ambil 2 & lambung lagi ibu batu, ambil 3. Sekiranya berjaya, barulah kita imbang/tagan untuk mengira markah. Kita dulu 
kena hafal, sehingga tamat permainan kerana sekira-nya salah, markah akan dikira sebagai kosong (sebab tu dulu bijak matematik kot..hehehe).
Lambungan Ibu Batu
Kantung yang dijahit & diisi sagu
Kantung Batu 5
Kantung Batu 7
Tapi budak² dulu kreatif. Kalau terdesak sangat batu jalan, batu sungai pun boleh saja. Tapi kalau main guna batu kutip tepi jalan, selesai saja main, tapak tangan kenalah cuci bersih².
Sekarang ni, anak saya siap beli lagi 5 biji @ RM1.00 kantung kain yang berisi biji sagu. Kawan sekolahnya jual. 3-4 hari bawa balik lagi, warna lain pula... haisshhh...

Biasanya yang 5 biji, kalau saya dulu bermain, batu 4 biji & guli 1 biji. Guli sebagai Ibu. Tapi yang ini kena bermain di lantai simen. Lambungkan biji guli di lantai simen (guli akan melantun) sambil taburkan 4 biji batu di lantai, kemudian sambut biji guli yang melantun tadi (lantunan dia sekali sahaja, kalau lebih dari sekali, dikira batal). Kemudian lambung lagi guli di latai & kutip batu 1 biji sambil di ketuk 2 kali di lantai (dulu2 saya panggil 'tik, tik'..) & sambut guli tadi. Begiulah seterusnya sehingga habis. Imbang/tagan mcam batu seremban yang 7 biji tadi.
Note: Credit to Google for all the photo

No comments:

Post a Comment