Pages

Thursday 28 November 2013

Quote of The Day


There is no one that is good at everything,
but there is no one who is bad at everything
- suspicioushousekeeper, koreandrama

Congo Bars

Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang ni musim cuti sekolah kan, jadi stok makanan kena selalu ada kat rumah. Maklumlah kan...ada budak² ni... jadi balang² kuih, peti ais sentiasa kena ada benda untuk mengunyah. Lagipun, budak² ni kan, asyik lapar jer kan.... (ker anak I jer camtu..). Ok lah, apa² pun, semalam macam terlebih rajin sikit, lepas masak untuk dinner, terus sambung membaking pulak. I buat congo bars, sebenarnya tak pernah rasa lagi, jadi buatlah satu tray untuk merasa. Tengok dekat facebook/blog, ramai yang memuji akan kesedapan congo bar ini. Saya ambil resepi ni dari blog & saya ada olah sikit²... minta maaf yer pada tuan punya resepi.
CONGO BAR
Bahan A: Diayak
315gm tepung gandum/tepung redrose
2½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam halus
Bahan B
150gm butter
290gm gula perang (resepi asal 320gm)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
220gm chocolate chip
1 cawan kacang pecan/badam/walnut/kekacang (opt)
Taburan (Optional)
kepingan badam
30gm chocolate chip

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan butter & gula perang & kacau/putar biar sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi. Masukkan esen vanilla. 
2. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Terus putar, speed sederhana.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C, kaup-balikkan dengan spatula sahaja. Biar bergaul rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar (saya guna 10 x 12) yang telah digris dengan butter & dialas baking paper (baking paper biar terlebih dari loyang, supaya senang nak mengangkat congo bars nanti).
5. Bakar pada suhu 170°C selama 40-45 minit sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Hati² jangan sampai terlebih bakar.


Tuesday 26 November 2013

Kaswi Tepung Kacang Hijau

Assalamualaikum w.b.t.
Semalam kemas² dapur, terjumpa pula baki tepung kacang hijau masa puasa hari tu. Dudukla menung² dok fikir apa nak dibuat dengan tepung ni..nak buang..rasa macam membazir. Jadi, mohler kiter godek² kat internet...kot² terjumpa resepi yang berkenan di hati. Bagai dikata, uncle google rekomenkan salah satu resepi kat sini. Jadi mari kita semak resepi yer.... (resepi ni saya olah sedikit..). Kuih ni rasanya sedap & 'halus' saja teksturnya.
KASWI TEPUNG KACANG HIJAU
Loyang 10 inci x 10 inci
Bahan A
200gm tepung kacang hijau
200gm tepung ubi kayu
600gm santan, sedang pekat
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh pandan paste
sedikit pewarna green apple
Bahan B
500ml air
380gm gula pasir (saya guna 220gm gula melaka + 140gm gula pasir)

 ½ sudu teh garam halus
2 helai daun pandan, disimpul

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan kukusan & sapukan loyang dengan sedikit minyak & alas dengan plastik.
2. Satukan bahan A & kacau rata.
3. Masak bahan B hingga gula larut & mendidih. Tuangkan ke dalam adunan bahan A ketika masih panas & kacau sebati. Saya gunakan whisk.
4. Tapiskan adunan ke dalam loyang tadi. Kukus selama 40 - 50 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan wap air menitis ke atas kuih. 
5. Sekiranya menggunakan acuan kecil, sapukan minyak & panaskan sekejap. Tuangkan adunan & kukus selama 20 minit.
6. Biarkan kuih betul² sejuk, baru dipotong. Ini akan menghasilkan potongan yang licin & cantik. Gunakan pisau plastik.
Selamat mencuba...

Monday 25 November 2013

Apple Crumble Pie

Assalamualaikum w.b.t.
Apple crumble ni saya buat minggu lepas. Baru hari ni sempat nak masukkan ke blog. Resepi asal dia saya dapat di sini. Kalau nak tau info pasal buah epal pon boleh refer di situ juga. 
APPLE CRUMBLE PIE
Kulit Pastri
240gm tepung gandum
170gm mentega sejuk, didadu
2 sudu besar gula aising
4 sudu besar air dari peti sejuk (air ais)
1. Gaul rata tepung gandum dengan gula aising. Masukkan mentega & gaul dengan menggunakan garfu/hujung jari sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan air ais sesudu demi sesudu & gaul rata. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh ke dalam plastic bag & simpan dalam peti ais selama 30 minit.
Inti
6 biji apple hijau granny smith
1 biji parutan kulit lemon
2 sudu besar mentega
100gm gula perang
2-3 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu teh garam halus
1. Hiris nipis apple yang telah dibuang kulit & bijinya. Ketepikan.
2. Cairkan mentega & gula dalam kuali & dikacau rata. Kemudian masukkan hirisan apple tadi & gaul rata.
3. Masukkan garam, serbuk kulit kayu manis & tepung jagung. Kacau lagi sehingga apple lembut & kuahnya pekat. Masukkan parutan lemon. Matikan api & biar sejuk.
Crumble a.k.a. Bahan Taburan
80gm tepung gandum
35gm mentega tanpa garam
35gm gula
35gm coklat chip (optional)
1. Gaulkan mentega, tepung & gula sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan coklat chip & gaul rata. Ketepikan.

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C. Sediakan acuan pie 12".
2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Canai nipis doh pastri dengan ketebalan 5mm. Alihkan ke dalam acuan pie. Kemaskan tepinya & buangkan lebihan pastri. Cucuk²kan dengan garfu pada dasarnya.
3. Tuangkan inti tadi ke dalam pie sehingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan (jika suka). Taburkan crumble sehingga menutupi inti apple. Hiaskan dengan baki hirisan apple tadi.
4. Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220°C. Kemudian turunkan suhu pada 190°C & bakar lagi selama 45 minit sehingga bahagian atas pie bewarna perang.
5. Siap. Hidangkan & sedap dimakan semasa masih panas.

Carrot Cake

Assalamualaikum w.b.t.

Hai... apa khabar semua. Selamat bercuti pada yang bercuti..pada yang bekerja pula, selamat bekerja. Lakukanlah kerja dengan seikhlas hati kerana kerja itu juga satu ibadah. InsyaAllah...jika bekerja dengan ikhlas dan jujur, di samping dapat gaji pada akhir bulan, kita juga boleh dapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t....2 dalam 1 kata orang sekarang. Ok, sekarang marilah kita tengok pula resepi kek lobak merah ni ataupun lebih popular orang panggil dengan nama carrot cake.
CARROT CAKE
Loyang Segiempat 8" x 8"
Bahan A: Disatukan dan Diayak
240gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
2½ - 3 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Bahan B: Diputar Sebati
4 biji telur gred A
225gm minyak jagung (~3½ cawan)
240gm gula perang
Bahan C
50gm dessicated coconut
230gm parutan lobak merah (~2½ cawan)
1 cawan nenas dalam tin, toskan & didadu kecil
1 cawan walnut, dibakar sekejap & dicincang kasar
½ cawan parutan epal hijau (optional)
Topping: Cream Cheese
100gm mentega
125gm Philadelphia cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula aising, diayak

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 180°C. Lenser loyang dengan butter, alas dasar loyang dengan baking paper. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan B ke dalam mixer & putar sebati sehingga gula hancur. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sehingga habis. Putar sebati, speed sederhana.
3. Kemudian masukkan Bahan C. Gaul rata hingga sebati menggunakan spatula sahaja. Tuangkan ke dalam loyang tadi & bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
5. Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum disapu topping cream cheese.
6. Cream Cheese: Putar sebati mentega & cream cheese. Masukkan gula aising & esen vanilla. Terus memutar hingga gebu dan halus, kelajuan sederhana. Sapukan pada kek. Siap.
7. Note: Kalau nak buat separuh dari adunan, boleh guna loyang segiempat 7" x 7" atau loyang bulat diameter 7".
Selamat mencuba!!!

Thursday 21 November 2013

Quote of The Day



When your heart doesn't tell you the truth,
the pain will tell you the answer
(photo from google)

Happy Birthday To You


Hari ini 20 November 2013, genaplah 11 tahun umur anak bongsu saya. Doa dari mummy, semoga adik menjadi anak yang solehah, beriman, berhati mulia dan senantiasa di dalam lindungan dan rahmatNya. Amin...

Bawa adik ke pejabat dan raikan harilahir bersama rakan-rakan sepejabat. Tapi itulah..lupa pula nak ambil gambar ramai-ramai. Just a few photo untuk kenangan.


Birthday cake..Rainbow Cake
Birthday girl sedang memotong kek. Lupa juga nak pasangkan lilin dan wording Happy Birthday.
Bismillah....majlis bermula. Doa selamat dibacakan oleh QS pejabat, Encik Firdaus. Amin..semoga barakah segalanya. Amin...amin...amin..yarabbulalamin... Rainbow cake, domino pizza, agar-agar santan gula merah dan dadih
 Sekali lagi...Happy Birthday to Najla Halim..