Pages

Monday 20 January 2014

Thaipusam Day / Agar2 Madu Tiga

Assalamualaikum w.b.t.
17 January 2014 (Jumaat) adalah hari Thaipusam. Disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa hindu. Juga hari cuti umum bagi warga Selangor & negeri² sewaktu dengannya. Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah & Sarawak belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum lagi. Pada tahun 2008, Kuala Lumpur & Putrajaya pun menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum.

Sebenarnya itu selingan saja. Kalau nak tahu lebih terperinci bolehlah baca di Wikipedia. Saya nak bagitau yang hari ni kakak dari Melaka nak datang rumah dengan anak²nya & cucu²nya merangkap cucu² saudara saya. Permintaannya katanya nak makan nasi dagang. So, pagi Jumaat tu saya dengan suami & anak² ke pasar Sungai Besi...nak cari ikan tongkol ak.a. ikan aya a.k.a. ikan kayu, nak masak gulai.

Sebelum tu rendam dulu beras pulut + beras wangi. Kalau nak masak nasi dagang ni, berasnya kena rendam selama 6-8 jam terlebih dahulu, sama macam nak kukus pulut. Untuk resepi nasi dagang, bolehlah dapatkan di sini. Saya masak pada awal tahun hari tu. Dan hari ni saya masak lagi. Semuanya sama jer, cuma saya gandakan saja, maklumlah ramai. Gambar ramai² tak sempat nak snap. Busy bergosip..
 
Memang seronok bila berkumpul ramai² macam ni. Macam² yang disembangkan. Tambahan pula tengok keletah si Izz Zara tu...dekat pukul 3 pagi baru tidur. Hari tu juga 'mak buyung' (along) ada request nak makan agar² pecah, laici & nenas. Jadi sayapun buatla... resepi hentam keromo sudah. Tapi, alhamdulillah, sedap pulak kat tekak ni. Nak kena buat lagi ni. Okey, di sini saya bagi resepinya.
AGAR² MADU TIGA (PEACH, LAICI & NENAS)
Lapisan 1
13 gm  jelly powder konnyaku
315 gm gula pasir
450 ml air
250 ml syrup laici
250 ml syrup peach
350 ml susu cair
Lapisan 2
½ tin nenas kiub
7 gm jelly powder konnyaku
175 gm gula pasir
500 ml air 
200 ml syrup nenas
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Lapisan 1: Didihkan air dalam periuk. Satukan gula & jelly powder & masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau cepat² untuk elakkan jelly powder berketul. Bila gula telah melarut, masukkan syrup laici, syrup peach & susu cair. Kacau sebati hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Susun buah peach & laici ikut kreativiti sendiri. Saya susunkan buah peach ikut alur acuan & letakkan laici di antaranya. Tuang perlahan adunan tadi ke dalam acuan, jangan sampai buah berselerak, nanti tak cantik. Biarkan beku.
3. Lapisan 2: Didihkan air dalam periuk. Satukan gula & jelly powder & masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau cepat² untuk elakkan jelly powder berketul. Bila gula telah melarut, masukkan syrup nenas & nenas kiub tadi. Kacau perlahan hingga mendidih. 
5. Tuangkan adunan ke atas Lapisan 1 tadi. Sebelum tuang, lorekkan Lapisan 1 tadi dengan garpu, supaya nanti Lapisan 2 akan melekat elok dengan Lapisan 1 tadi. Biarkan sejuk sebelum didingin-bekukan dalam peti ais.
Lapisan atas: buah peach & buah laici
Lapisan bawah: kiub nenas

No comments:

Post a Comment