Pages

Thursday 9 January 2014

Talam Labu Lemak Manis

Assalamualaikum w.b.t.
Lama tak update blog. Bukan sibuk sangat pun, tapi itulah......idea tak berapa nak ada nak karang cerita kat sini. Tambahan pula di awal tahun ni, sibuk sikit dengan persiapan persekolahan anak². Minggu pertama dah berlalu... alhamdulillah, berjalan lancar semuanya. Sesak juga nafas bila calculate jumlah perbelanjaan untuk ke sekolah Miss 14 & Miss 12. Baru dua orang tu... Bayangkan orang yang ramai anaknya... tambahan pula dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Tahun 2013 & awal tahun 2014 ni macam ada pesta kenaikan harga barang pula. Masing² berlumba² menaikkan harga barang. Tapi, jangan risau, rezeki anak² dah ditetapkan. 

Okey membebel pulak dia yer... Hari tu ada beli labu di Tesco Shah Alam, nampak halus jer isinya. Tetap beli sungguhpun tak terfikir nak masak apa lagi. Tadi google blog sifu² kat sini & terjumpala resepi yang bagi saya amat senang ini. Untuk resepi asal sila ke sini. Resepi di bawah ni, dah diolah oleh saya.
TALAM LABU LEMAK MANIS
(Loyang 7" x 7")
 
Lapisan Bawah
300gm labu, direbus & dilecek halus
70gm tepung beras + 30gm tepung jagung, diayak
1¼ cawan santan sederhana pekat
¾ cawan gula pasir
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh pewarna kuning telur (optional)
Lapisan Atas (Dadih)
40gm tepung beras = 20gm tepung jagung
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Langkah Penyediaan
1. Lapisan Bawah: Satukan semua bahan, kecuali labu. Kacau sebati & masakkan atas api sederhana. Kacau selalu. Bila agak pekat sedikit, masukkan labu tadi & kacau rata. Masak sehingga adunan agak pekat & ada letupan kecil (~10 minit). Angkat & tuangkan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak/butter cair. Ratakan & biarkan sejuk & mengeras sedikit.
2. Lapisan Atas (Dadih): Satukan semua bahan & kacau rata. Masak atas api sederhana sehingga pekat & meletup-letup, adunan hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak berkerak di dasar periuk. Matikan api. Tuangkan ke atas adunan labu tadi & ratakan.
3. Biarkan kuih benar sejuk sebelum dipotong. Hidangkan.
Sedap...

No comments:

Post a Comment