Pages

Tuesday 18 February 2014

Selamat Hari Lahir Kakak

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni 18 February 2014 hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya yang ke 14. Juga tahun ke 11 arwah ayah saya meninggalkan alam ini..alfatihah untuk ayah. Kakak dilahirkan di Hospital University Kebangsaan Malaysia pada 18 February 2000 - anak millenium. Doa dari mummy semoga kakak menjadi anak yang soleh, bertaqwa, taat pada suruhanNya & ibubapa, berjaya dalam ilmu dunia & akhirat & segala-galanya yang baik dan sentiasa berada di jalanNya.
Sempena hari ulangtahun ni, saya buatkan cheese cake. Snickers cheese cake. Pada tekak saya, sedap sangat kek ni...pekat, melekat & semestinya berkrim..hehehe. Saya juga order pavlova dari kawan. Tengok pada rupa, sedapla kot..sebab saya tak makan malam tu. Tak terasa nak makan pulak, lagipun saya dah makan cheese cake..

Ha..inila snickers cheesecake saya. Abaikan-lah kerastangan saya tu. Deco memang hancus kan... Tapi..yang penting rasanya. Saya cuma taburkan coklat masakan putih, badam keping & potongan snickers. Tengah² tu saya letak coklat warna-warni. Lilin lupa nak beli.
Dalamnya pula saya campurkan cincangan snickers, Yummy....Kek ni yang jadi tumpuan dulu, kebetulan kakak dari Melaka & mak datang. Meriah.
 
Yang ini pulak pavlova yang saya order tu. Double layered. Penuh sarat dengan buah²an. Selaind ari kek, malam tu saya masakkan kari ikan merah, ayam kungpaw, sayur kacang, ulam dan sambal belacan. Meriah makan ramai² dengan mak, kakak & abang ipar.Biasanya bila makan ramai² ni, program diet ke lautlah jawabnya. Hancur diet saya. Lepas makan kek, makan nasi, lepas tu makan kek lagi.... gosh...insaf, insaf. Resepi kek tu nanti saya kongsi yer.
 Hadiah dari daddy...disebabkan kakak ni suka sangat dengan warna hijau, jadi daddy dia belikannya jam loceng warna hijau, tertulis zodiak Aquarius. Mummy pulak belum beli lagi..nantilah mummy belikan...:)

Itu sahaja cerita hari ulangtahun kakak. Semoga medapat barakah & sentiasa dalam lindunganNya.

Monday 17 February 2014

Separuh Jiwaku Jawa...Nasi Ambeng!!

Assalamualaikum w.b.t.
Jangan ada yang sentap dengan tajuk hari ni ek. Takder rasis² kat sini...separuh jiwaku pergi lagu Anang, separuh jiwaku Jawa... itu saya. Semalam tiba² my hubby request nasi ambeng... fuh! boleh tahan tu. Banyak lauk-pauk nak kena siapkan nak kena gu dengan nasi ambeng. Biasanya nasi ambeng ni dipadankan dengan ayam kicap/ayam opor, sambal goreng/sambal jawa, kelapa goreng, ulam timun/nenas, paceri terung/nenas, ikan masin goreng & banyak lagi. Tapi semalam saya masak yang simple² saja. Tapi, walaupun simple, hasilnya...fuh..terangkat... Kita makan dulu lepastu baru kita insaf akan kehadiran lemak² & teruskan berazam untuk diet. Ok, jom kita lihat apa yang saya masak malam tadi.
NASI AMBENG
nasi putih, masak macam biasa
ulam timun & nenas, dipotong memanjang
ikan bulu ayam, digoreng
Opor ayam
Pajeri terung, yang sebelah ayam tu
Sambal goreng
Serunding kelapa & ikan masin
Ikan masin tu bukan ikan bulu ayam yer, terlupa nak beli kat pasar semalam, jadi itu jer yang ada dalam peti ais.  Gambar waktu menghidang lupa nak snap... jadi gambar semua dalam periuk & kuali lagi. Pajeri terung tu her gambar yang sempat disnap. Terpinggir di situ.

Tuesday 11 February 2014

Saturday 8 February 2014

Augerah MeleTOP ERA 2014

Assalamualaikum w.b.t.
Ha.. .sedang buat apa tu!!!.. sedang tengok anugerah MeleTOP eh...Saya pun sama... sedang melayan anugerah MeleTOP live streaming kat laptop... & sambil² tengok cerekarama Lollypop di TV3 ... sambil² tu update blog...hahaha.... multitasking tak saya? Sekarang ni sedang dengar Najwa Latiff & The Pelikat....Hilang.. sedap juga di telinga saya.

Malam ni macam malas nak memasak. So, tanya anak² ok tak kalau makan nasi goreng jer.. diaorang kata OK..so ON jer... Takyahlah bagi resepi kan... nak jugak ker? Nasi goreng saya ni memang simple giler.... mest boleh punya!!!!!
NASI GORENG CILI PADI
2-3 mangkuk nasi sejuk
5 ulas bawang putih, dicincang halus
10-12 biji cili padi, diketuk/dipotong
2 biji telur, dibuat telur hancur
udang basah/ikan bilis, digoreng dahulu
Sayuran
kacang panjang, dipotong pendek
kobis, dipotong kasar
cendawan halus, direndam & dipotong kecil (opt)

LANGKAH2 PENYEDIAAN
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi, kacau rata. Masukkan udang & cendawan halus. Kacau rata.
2. Masukkan nasi & gaul rata. Biar seketika. Kemudian masukkan sayuran lain. Kacau rata hingga sayuran lembut, diikuti telur hancur & ikan bilis. Siap.
3. Kalau suka boleh taburkan daun bawang sebelum menghidang.


Keputusan Anugerah MeleTOP Era
1. Fesyen MeleTOP : Zizan Razak
2. Couple MeleTOP : Nabil Ahmad & Nazirah
3. Bintang Cyber MeleTOP: Zizan Razak
4. Artis Baru MeleTOP: Zara Zya
5. Program Radio MeleTOP: Johara
6. Penyampai Radio Baru MeleTOP: Nabil Ahmad
7. Group Duo MeleTOP: Dato Siti Nurhaliza & Hafiz
8. Penyanyi MeleTOP: Hafiz
9. Lagu MeleTOP: Hafiz @ Bahagiamu Deritaku
10. Program TV MeleTOP: Maharaja Lawak Mega
11. Bintang TV MeleTOP: Jep Sepahtu
12. Bintang Filem MeleTOP: Aaron Aziz
13. Filem MeleTOP: KL Gangster 2
14. Artis Serantau MeleTOP: Sleeq
15. WeChat MeleTOP: Zizan Razak
16. MeleTOP ERA: Lelaki - Zizan Razak (trofi & RM10K)
                                   Perempuan: Zara Zya (trofi & RM10K)

My Mum at My House / Florentine Cookies

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat bercuti  untuk semua warga kota. Hari untuk merehatkan badan setelah 5 hari berhempas pulas di pejabat (bagi ibu² yang berkejaya). Bagi suri rumahtangga pun, hari ni ambil peluang untuk berehat juga. Ada anak² & suami untuk menolong selesaikan kerja² rumah. Atau ada juga yang kelua berjalan², melihat keindahan alam.

Sebenarnya hari selasa (040214) emak saya datang ke rumah. Jadi hilanglah rindu bila dapat jumpa emak. Saya ni jarang balik kampung.... Duduk sekejap saja. Hari khamis (060214) kakak dari Melaka datang ambil. Mak saya buat tour jalan rumah anak². Bermula dari Simpang Pulai, Ipoh, abang saya hantar mak ke rumah saya di Bandar Tasik Selatan. Dari BTS kakak saya dari Bukit Rambai, Melaka datang ambil. Selepas tu, mungkin abang saya dari Taman Universiti, Johor pula datang ambil mak. Banyak transit tu. Sama juga bila mak nak balik kampung nanti. Johor --> Melaka --> BTS --> Ipoh --> Kampung Batu 7. Ialah mak dah tinggal seorang semenjak arwah ayah pergi menemui penciptanya pada 18 February 2003. Dah hampir 11 tahun, cepat betul masa berlalu.

Saya masak asam pedas ikan merah, sup ayam, ikan masin goreng, sambal, sayur brocolli. Hari Khamis tu kakak datang ambil mak. Along request nak makan biskut florentine. Ala mudah jer kan buat biskut ni. Nanti saya letak juga resepinya yer. Lepas tu saya buat lagi banana marble cake. Kek sedap, mesti buat selalu. Lembut, gebu & sedap sangat. Resepi kat sini. Jom kita tengok resepi florentine cookies.

FLORENTINE COOKIES / BISKUT ALMOND CRISPY
200gm tepung florenta
200gm badam keping, dibakar dahulu ~ 5 minit suhu 160°C
100gm isi kuaci, dibakar dahulu ~ 5 minit suhu 160°C
20gm bijan hitam/putih

LANGKAH2 PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit sebelum membakar biskut. Alas loyang 14 inci x 14 inci dengan baking paper/parchment paper. 
2. Satukan ke semua bahan di atas & gaul rata. Tuang ke dalam loyang tadi & ratakann. Masukkan ke dalam oven selama 10 - 12 minit. Jangan lama sangat nanti permukaan biskut tak cantik. 
3. Keluarkan dari oven & terus potong ketika masih panas. Kalau dah sejuk, biskut akan mengeras. Siap.

Gambar kek pisang yang buat haritu. 
 
nyum!!!!

Tuesday 4 February 2014

Biskut Dahlia

Assalamualaikum w.b.t.
Hari yang ceria...sunny day. Tiba² terasa teringin nak makan biskut dahlia. Dah terasa-rasa biskut ni melting in my mouth...haish! Jadi, dengan penuh tenaganya terus ke dapur & mulakan operasi membuat biskut dahlia. Ater... camner badan tak membolat dengan jayanya. 
BISKUT DAHLIA
300gm mentega
150gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan A: Disatukan & Diayak
220gm tepung gandum
120gm tepung jagung
170gm tepung kastad
Hiasan: ceri merah & hijau, dipotong kecil

LANGKAH2 PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin & alas dengan baking paper.
2. Putar mentega & gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur & esen vanilla. Putar sebati. Perlahankan speed, masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sehingga habis.
2. Adunan biar lembut sedikit supaya mudah untuk menekan nanti. Masukkan adunan ke dalam acuan semperit/dahlia & tekan ke atas dulang tadi. Jarakkan sedikit.
3. Bakar selama 15-20 minit, ikut pada tahap kepanasan oven masing².
3. Note: Kalau tengok pada gambar tu, satu tu kuning terang & satu lagi agak pucat. Jadi, kalau mahu kuning terang, lebihkan tepung kastad & kurangkan tepung gandum. 
Yang ini, lebihkan tepung kastad ~ 5-10gm, gambar siap di bakar, lupa nak snap.
Siap dibakar