Pages

Tuesday 17 December 2013

Bolu Kukus Pelangi Putih Telur

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim
Bersua lagi kita. hari ni kita main masak² lagi. Dalam peti sejuk ada lebihan putih telur. Minggu lepas buat kek lapis roll, banyak guna kuning telur sahaja. Jadi putih telurnya tak tahu nak buat apa dah. So, jom kita tanya uncle google. Jadi dia tunjukkan kita rumah ni. Ayat² di bawah telah diolah mengikut cara saya.
BOLU KUKUS PELANGI PUTIH TELUR
Bahan A: Dipukul Kental
500ml putih telur
300gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
½ sudu teh garam halus
Bahan B: Diayak
250gm tepung gandum
25gm susu tepung (saya guna nespray)
1 sudu teh baking powder
Bahan C: Disatukan
80ml mentega cair
100ml susu cair/fresh milk
Bahan D (Optional)
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh lemon paste
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan pengukus. Oles loyang dengan butter & alaskan dengan baking paper.
2. Satukan Bahan A. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang & kental (macam adunan kuih bahulu).
2. Masukkan Bahan B & C berselang-seli & putar dengan kelajuan perlahan sehingga semuanya bergaul rata & sebati.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian sama banyak. Setiap bahagian masukkan pewarna/emulco kesukaan.
4. Ambil satu bahagian & tuangkan ke dalam loyang. Kukuskan ia selama 7-10 minit. Tutup dengan aluminium foil. Kemudian lapiskan dengan lapisan kedua & begitulah seterusnya sehingga siap keempat² adunan. Untuk lapisan akhir, kukuskan selama 20-30 minit.
5. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

 


Quote of The Days

Sometimes a harsh lesson is the right medicine

we take, we lose
we take over, we get taken over
welcome to the world of greed...

Monday 16 December 2013

Puding Kasih Mini

Assalamualaikum w.b.t.
Puding kasih mini sebab dibuat dalam bekas² kecil. Kalau nak buat dalam bekas besar pun boleh, yang selalu dipanggil puding kasih bertaut. Ini saya buat dengan Miss 13 (anak saya). Dia tolong tuang dalam bekas kecil² ni. Kerja² remeh kita bagi anak² buat..:).
PUDING KASIH MINI
Bahagian Santan
500ml air
500ml santan pekat
*1 paket (10gm) agar² konniyaku
*220gm gula pasir
*digaul rata
pewarna kesukaan
Bahagian Biasa/Jernih
1000ml air
*1 paket (10gm) agar² konniyaku
*220gm gula pasir
*digaul rata
sedikit gula merah (opt)


LANGKAH² PENYEDIAAN
gambar 1
1. Bahagian Santan: Jerang air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan campuran agar² dgn gula tadi. Kacau rata (perlu dikacau cepat², untuk mengelakkan agar² dari berketul). Masukkan santan & kacau lagi. Biar mendidih sekejap.
2. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian & warnakan. Lebihkan bahagian santan/ putih susu & tuang ke dalam bekas kecil, dijadikan sebagai dasar. Bahagian lainnya diletakkan pewarna kesukaan. macam saya, saya hanya gunakan warna pink untuk bunga & hijau untuk daun.
3. Apabila bahgian santan/putih susu sudah beku, susun bunga & daun mengikut kreativiti sendiri (gambar 1)
gambar 2
4. Bahagian Jernih: Jerang air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan campuran agar² dgn gula tadi. Kacau rata (perlu dikacau cepat², untuk mengelakkan agar² dari berketul). Masukkan sedikit gula merah (jika suka), biar mendidih sekejap. Tapiskan & tuang ke dalam bekas mini tadi (gambar 2). Biarkan beku & sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Siap.


Siap 
mmm...sedappp

Tempahan Biskut OZ Finger

Assalamualaikum w.b.t.

Tempahan biskut oz finger. Kawan hubby yang menempahnya. Actually dia repeat order ni... before ni dia order untuk hari deepavali.
Biskut ni sedap sangat... tambah² lagi bagi penggemar coklat & orange. Bila rasa coklat tu bersatu dengan oranga sunkist...terasa satu aroma. Bahagian luarnya disalut dengan bread crumb.


Kalau tak suka bread crumb, boleh ditukar dengan almond nib. Almond nib tu dibakar sebentar. Masukkan ke dalam dulang, selerakkan. Kemudian masukkan ke dalam oven. bakar pada suhu 150C selama 4-6 minit.

  
Resepinya akan dimasukkan kemudian.

Tempahan Agar2 Oreo-Milo

Assalamualaikum w.b.t.

Tempahan agar² oreo-milo untuk majlis pertunangan kat Seremban. Tuan punya badan minta dibuatkan dalam botol/jar kecil² tu.

 
Harap² dapatlah memenuhi citarasa orang Seremban yer. Gambar botol bertutup tak adalah pulak yer...

Wednesday 11 December 2013

11 12 13 & Kek Lapis Hawflakes

Assalamualaikum w.b.t.
Cantikkan tarikh hari ini, 111213 (11.12.13 a.k.a. 11 December 2013). Hari ni cuti am bagi Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (born 24 December 1945) iaitu sultan negeri Selangor yang ke-9.

Hari ni juga genap 20 tahun peristiwa runtuhnya Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium & merupakan satu²nya tragedi bangunan runtuh yang pertama & terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Dan, saya rasa mangsa yang paling diingati ialah allahyarham Carlos Rashid anak kepada Datuk Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Al-fatihah.

Memandangkan saya pun bercuti, saya pun merajinkan diri membuat kek lapis hawflakes atau juga dikenali sebagai kek lapis masam manis. Saya buat versi bakar, sebab tak cukup rajin nak mengukus. Tapi kalau bakar pun, kek ni memang moist & sedap...Satu nak pesan pasal kek lapis ni, pastikan anda betul² rajin, baru buat...jangan hangat² taik ayam, nanti lapisannya tak cantik..hehehe. Istiqamah!!!
KEK LAPIS HAWFLAKES 
Bahan A: Disatukan & Diayak
125gm tepung Hong Kong/gandum
125gm biskut marie, dikisar halus & diayak
100gm horlicks
Bahan Lain
450gm butter
130gm gula halus
1 sudu besar ovalette
10 biji telur gred A/11 biji gred C
180-200gm susu pekat manis
50gm jem apricot/srikaya
pewarna merah, kuning & hijau
secukup hawflakes

 
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan butter, gula halus & ovalette dalam mangkuk pengadun. Putar hingga kembang & gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
2.Pada speed sederhana, masukkan susu pekat manis, diikuti jem aprikot/srikaya. Putar lagi biar sebati. Perlahankan mixer, masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Putar sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: 1 bhgn diwarnakan kuning, 1 lagi hijau & 1 lagi warna merah. Setiap 1 bahagian dibahagikan lagi kepada 5 lapisan, contohnya kalau 1 bahagian = 300gm, bahagikan kepada 5 lapisan = 1 lapisan = 60gm.
5. Bakar selapis demi selapis pada suhu 180C selama 5 minit. Lapisan pertama mengguna-kan api atas & bawah. Lapisan seterusnya api atas sahaja, hinggalah ke lapisan terakhir, tukar semula kepada api atas & bawah. Bakar lagi selama 10-15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

Note: a) Pewarna boleh ditukar kepada warna pilihan masing² & kreativiti melapis juga tepulang pada individu itu sendiri.
b) Sebaiknya telur dipecahkan satu persatu baru dimasukkan ke dalam mixer.
c) Sekiranya hanya menggunakan tepung, jadikan beratnya 250gm + 100gm horlicks.
d) Balut dengan aluminium foil untuk kekalkan kelembapannya & simpan dalam peti sejuk. Kek ini boleh tahan sehingga 3 bulan.

Childhood Memories: Main Selambut a.k.a. Batu Seremban

Assalamualaikum w.b.t.
Sesiapa di sini yang tak tau apa itu permainan selambut/batu seremban? Ada ek? OK, hari ni saya nak bercerita tentang selambut/batu seremban ni. Permainan ni memang sinonim dengan kanak² yang lahir dalam tahun 60an, 70an, 80an & 90an. Sekarang pun ada lagi, cuma material & cara permainan mungkin berbeza. Ialah...berubah seiring peredaran masa.

Selambut/batu seremban ni biasanya dimainkan oleh 3-4 orang. Sebenarnya tiada had untuk bilangan pemain, tetapi kalau  ramai yang bermain makin panjanglah angka giliran. Selambut/batu seremban ni ada yang 7 biji & ada yang 5 biji. 
Sumber: Google
"Selambut atau juga dikenali sebagai batu seremban atau serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung, permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai 2 - 5 orang. Permainan selambut memerlu-kan beberapa biji buah, seperti guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan² objek lain berbentuk bulat, lazimnya sebanyak 5 biji. Selain itu karung kain yang dijahit & diisi dengan biji saga, pasir & sebagainya juga digunakan" - sumber: wikipedia.

Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang; biasanya di serambi rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Lebih selesa duduk di atas lantai. Kalau saya dulu selalu bermain di beranda; sebab beranda rumah saya menghadap jalan. Sambil bermain sambil tengok orang lalu-lalang. Untuk bermain selambut/batu seremban ni, ada juga peraturannya. Mula² kena undi siapa yang nak mula dahulu.
Menimbang buah
Undian: Biasanya undian dilakukan dengan cara menimbang batu (kalau kat kampung saya lebih dikenali sebagai tagan). Caranya; batu dilambungkan & disambut dengan belakang tapak tangan. Imbangkan berapa biji di belakang tapak tangan (rujuk gambar) & lambungkan lagi & cuba mencangkup kesemuanya. Sekiranya ada batu yang jatuh ke lantai, otomatik gagal. Katakan batu yang ada di belakang tapak tangan adalah 5 biji & selepas lambungan pemain mencangkuknya dengan cara memusing tapak tangan, maka jumlah batu di darab 2 = 10, tetapi sekiranya hanya dengan menadah, maka jumlahnya tetap 5. Siapa yang jumlahnya paling banyak, maka dialah yang mula dahulu.
Cara Bermain: Mula² kita taburkan batu² tu di atas lantai. Ambil satu sebagai ibu. Lambungkan ke udara, dalam masa yang sama kita mengambil batu di lantai. Pastikan selepas mengambil batu di lantai, kita menyambut kembali batu yang dilambung tadi. Sekiranya tak sempat mengambil batu yang dilambung tadi, maka gagal. Maka terus ke giliran pemain seterusnya. Pastikan juga kita tidak menyentuh batu² yang lain semasa kita mengambil batu di lantai. Tetapi sekiranya pemain dapat bermain hingga tamat menimbang /tagan batu & memperolehi mata, maka pemain boleh meneruskan permainannya.
Batu 7
Batu 5
Biasanya kalau batunya 7, cara bermainnya: lambung ibu batu, ambil 1 batu di lantai, lambung lagi ibu batu, ambil 2 & lambung lagi ibu batu, ambil 3. Sekiranya berjaya, barulah kita imbang/tagan untuk mengira markah. Kita dulu 
kena hafal, sehingga tamat permainan kerana sekira-nya salah, markah akan dikira sebagai kosong (sebab tu dulu bijak matematik kot..hehehe).
Lambungan Ibu Batu
Kantung yang dijahit & diisi sagu
Kantung Batu 5
Kantung Batu 7
Tapi budak² dulu kreatif. Kalau terdesak sangat batu jalan, batu sungai pun boleh saja. Tapi kalau main guna batu kutip tepi jalan, selesai saja main, tapak tangan kenalah cuci bersih².
Sekarang ni, anak saya siap beli lagi 5 biji @ RM1.00 kantung kain yang berisi biji sagu. Kawan sekolahnya jual. 3-4 hari bawa balik lagi, warna lain pula... haisshhh...

Biasanya yang 5 biji, kalau saya dulu bermain, batu 4 biji & guli 1 biji. Guli sebagai Ibu. Tapi yang ini kena bermain di lantai simen. Lambungkan biji guli di lantai simen (guli akan melantun) sambil taburkan 4 biji batu di lantai, kemudian sambut biji guli yang melantun tadi (lantunan dia sekali sahaja, kalau lebih dari sekali, dikira batal). Kemudian lambung lagi guli di latai & kutip batu 1 biji sambil di ketuk 2 kali di lantai (dulu2 saya panggil 'tik, tik'..) & sambut guli tadi. Begiulah seterusnya sehingga habis. Imbang/tagan mcam batu seremban yang 7 biji tadi.
Note: Credit to Google for all the photo

Monday 9 December 2013

Red Velvet Cup Cake

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua lagi kita di alam blog. Hari ni saya nak kongsikan resepi red velvet cup cake a.k.a. kek baldu merah. Kek ni sedap..moist dan lembut jer. Tambahan pula bila diletakkan topping cheese...fuh...bertambah²lah sedapnya. Sebenarnya resepi ni saya dapat dari internet juga, tapi dulu² saya salin & simpan dalam word file. Jadi saya lupalah pulakkan siapa pemiliknya. Jadi minta maaflah yer kalau saya tak sebut namanya di sini.
RED VELVET CUP CAKE
Bahan A: Disatukan & Diayak
300gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
Bahan B: Pukul Sampai Kembang & Gebu
125gm unsalted butter (saya guna anchor)
280gm gula kastor
Bahan C
2 biji telur
Bahan D: Disatukan & Kacau Rata
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan
2 sudu teh pewarna merah
Bahan E: Buttermilk
240ml buttermilk/campurkan 240ml cuka makan dgn 1 sudu besar cuka makan,
biarkan selama 10 minit, sedia digunakan)
Cream Cheese
100gm non-dairy whipping cream (saya guna brand Rich's)
250gm Philadelphia cream cheese
125gm butter
50gm gula aising
2 sudu teh lemon paste/perahan lemon

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Sediakan acuan/paper cup. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Pukul Bahan B hingga kembang & gebu. Masukkan Bahan C satu persatu & pukul lagi. Masukkan Bahan D & pukul sebati.
3. Masukkan Bahan A diselang-seli dengan Bahan E (dimulakan dengan Bahan A & diakhiri dengan Bahan A juga: Bahan A --> Bahan E --> Bahan A --> Bahan E --> Bahan A). Pukul lagi biar sebati, speed sederhana.
4. Tuang adunan ke dalam acuan/paper cup sebanyak ¾ & bakar selama 20-25 minit. Kalau tak mahu adunan tinggi sangat, cukup
sahaja dimasukkan ½ cup sahaja.
4. Sejukkan & pipekan cream cheese. Taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Pastikan cup cake betul² sejuk sebelum diletak/pipekan cream cheese.
5. Cream Cheese: Pukul non-dairy whipping cream hingga bertanduk. Ketepikan. 
6. Dalam bekas lain, pukul butter bersama cream cheese hingga sebati. Masukkan perahan lemon & gula aising. Pukul hingga gebu dan berkrim. Satukan adunan butter dengan non-dairy whipping cream tadi. Pukul dengan mixer, speeed perlahan. Sedia untuk digunakan.
ready for delivery

Lasagna / Lasagnia

Assalamualaikum w.b.t.
Inipun entry tertunda. Saya masak lasagna/lasagnia (yang mana satu yang betul ek) ni pada cuti minggu lepas. Tengok cheese ada, kepingan lasagna pun ada..so, apa lagi. Teruskan misi membuat lasagnia. Saya buat dalam bekas aluminium foil yang bulat & yang panjang. Tapi yang panjang tu tak sempat nak snap gambar..dah habis ngap. Tinggallah gambar dalam bekas bulat ni saja. Itupun...nasib baik sempat snap.
LASAGNIA / LASAGNA
1 kotak (250gm) instant lasagna, direbus sebentar dengan sedikit minyak
Bahan A: Sos Merah
4 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 botol (24oz) prego pasta sauce (saya guna mushroom)
2 sudu besar sos cili (optional)
1 tin cendawan butang, dibuang airnya & dipotong nipis
400gm daging cincang
2 labu bawang besar holland, dipotong dadu
6-7 ulas bawang putih, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
sedikit mixed herbs/oregano
mozarella cheese
cheddar cheese, disagat
garam secukup rasa
Bahan B: Sos Putih
3-4 sudu besar butter
2 sudu besar parutan cheddar cheese/3 keping cheesdale
500ml fresh milk (saya guna goodday)
3 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Sos Merah: Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul sebati hingga warna daging berubah menjadi kepucat-pucatan. Masukkan pula sos prego & sos cili tadi. Gaul sebati ~ 2 minit.
3. Masukkan cendawan butang. Kacau lagi. Perasakan dengan garam & masukkan serbuk oregano & serbuk lada hitam. Gaul Sebati. Tutup api. Siap. 
4. Sos Putih: Satukan tepung gandum dengan fresh milk. Kacau sebati & tapiskan. 
5. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan campuran fresh milk tadi. Kacau dengan whisk lebih mudah. Masukkan cheddar cheese & kacau lagi biar sebati sehingga cheese mencair & bergaul rata. Perasakan dengan garam. Kacau sehingga adunan menjadi agak likat. Siap.
6. Melapis Lasagna: Ambil loyang yang sesuai/bekas aluminium foil. Susun kepingan lasagna menutupi dasarnya. Ratakan sos merah di atasnya. Kemudian tuangkan pula sos putih di atas sos merah. Taburkan parutan cheese tadi. Ulang balik dengan cara yang sama: Kepingan lasagna --> sos merah --> sos putih --> taburan cheese. Buatlah seberapa lapisan yang anda suka. Biasanya 2 - 3 lapisan sahaja.
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu - suhu 180°C selama 40 minit, ini bergantung pada tahap kepanasan oven masing².
walla!!!!...

Karipap

Assalamualaikum w.b.t.
Karipap ni... rasanya saya buat dalam minggu lepas. Tapi lupa nak up kat blog. Nak kata sibuk sangat tu..tak juga... terlupa la gamaknya. Resepi ni saya ambil dari sini. Tapi saya buat separuh dari adunan tu. Kalau ikut resepi tu banyak sangat... takut tak terlarat nak menguli & menggentelnya nanti.
KARIPAP RANGUP
 Bahan A: Digaul Rata
500gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu makan gula
Bahan B: Dipanaskan 
3 sudu besar butter/marjerin (saya guna shortening)
¼ cawan minyak masak
Bahan C: Dicampur Sebati
½ sudu garam halus + 1 cawan air suam

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan Bahan A, gaul rata & sebatikan.
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata. Ianya akan kelihatan sedikit bergentel, gaul sehingga menjadi gentelan yang agak halus. 
3. Untuk pastikan adakah ianya cukup sebati, kepalkan sedikit adunan, sekiranya ianya berkepal padat (tidak mudah terlerai), makan sudah OK adunan tersebut.
4. Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit & uli hingga sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut & kenyal - tidak melekat di tangan & dinding mangkuk adunan. Jika melekit tambahkan sedikit tepung & uli lagi sehingga kenyal.
4. Tutup adunan dengan cling wrap & perapkan doh selama ½ jam. Setelah itu keluarkan doh & sedia untuk digunakan.
5. Note: Adunan ini boleh diguna-pakai berkali-kali. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik & letak di tempat beku (freezer). Nyah-beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya. Boleh juga dicanai & dijadikan roti bom.

Selamat mencuba!!!

Quote of The Days

A disease does not hurt the person.
A person hurts the person more..
not even a doctor can cure it
For a virus, there is a vaccine
& for a tumor, there's an anti-tumor agent.
There is no remedy for a person that hurt others...(agooddoctorkoreandrama)

Corrot Cup Cake

Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang ni musim hujan. Negeri² kat pantai timur seperti Kuantan, Trengganu & Kelantan diletak dalam keadaan berjaga-jaga. Dijangka gelombang kedua akan berlaku. Pada sesiapa yang tak dapat membantu, berdoalah semoga semuanya selamat.
Ok..ni resepinya. Sebenarnya resepi ni lebih-kurang jer dengan resepi ini. Cuma ada adjust sikit-sikit jer.
CARROT CUP CAKE
Bahan A: Disatukan & Diayak
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1½ sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
3 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Bahan B: Diputar Sebati
4 biji telur grade A
225gm minyak jagung (3½ cawan)
240gm gula perang
Bahan C
50gm dessicated coconut
240gm parutan lobak merah
1 biji epal granny smith, dikupas & diparut
1 cawan kismis hitam
Topping: Cream Cheese
120gm mentega
150gm Philadelphia cream cheese
2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula aising, diayak
4 sudu teh parutan kulit lemon

LANGKAH² PENYEDIAAN
1.  Panaskan oven pada suhu 180°C. Sediakan acuan kertas cup cake/muffin. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan B ke dalam mixer & putar sebati sehingga gula hancur. Kemudian masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sehingga habis. Putar sebati, speed sederhana.
3. Masukkan Bahan C. Gaul sebati dengan spatula sahaja. Tuangkan ¾ penuh ke dalam paper cup. Kalau mahukan cup cake yang tinggi, bolehla tuang hampir penuh.
4.  Bakar selama 20-25 minit mengikut tahap kepanasan oven masing².
5. Pastikan cup cake sejuk sepenuhnya sebelum diletakkan topping.
6. Cream Cheese: Satukan mentega & cream cheese & putar sehingga kembang. Masukkan gula aising & esen vanilla. Terus putar hingga adunan menjadi gebu & halus. Pipekan pada cup cake. Siap. Kalau suka boleh taburkan chocolate rice atau manik² gula sebagai hiasan.

Friday 6 December 2013

Wedding Anniversary

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15. Pejam celik pejam celik, dah 15 tahun kami lalui suka duka bersama.
Tak ada apa yang special sangat, cuma kami keluar makan-makan dengan anak-anak dekat Restoran Krathong Sri Petaling. Gambar tak ambil pun..lupa bawa kamera. Handphone pun tak bawa juga.
Alhamdulillah...onak duri alam perkahwinan berjaya kami lalui setakat ini. Doa dari kami semoga ikatan ini terus kukuh semakin kukuh untuk masa-masa mendatang..hingga ke jannah.
Cuma hari ni, saya ada buat carrot cup cake & bawa ke ofis. Resepi saya update later.

Thursday 28 November 2013

Quote of The Day


There is no one that is good at everything,
but there is no one who is bad at everything
- suspicioushousekeeper, koreandrama

Congo Bars

Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang ni musim cuti sekolah kan, jadi stok makanan kena selalu ada kat rumah. Maklumlah kan...ada budak² ni... jadi balang² kuih, peti ais sentiasa kena ada benda untuk mengunyah. Lagipun, budak² ni kan, asyik lapar jer kan.... (ker anak I jer camtu..). Ok lah, apa² pun, semalam macam terlebih rajin sikit, lepas masak untuk dinner, terus sambung membaking pulak. I buat congo bars, sebenarnya tak pernah rasa lagi, jadi buatlah satu tray untuk merasa. Tengok dekat facebook/blog, ramai yang memuji akan kesedapan congo bar ini. Saya ambil resepi ni dari blog & saya ada olah sikit²... minta maaf yer pada tuan punya resepi.
CONGO BAR
Bahan A: Diayak
315gm tepung gandum/tepung redrose
2½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam halus
Bahan B
150gm butter
290gm gula perang (resepi asal 320gm)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
220gm chocolate chip
1 cawan kacang pecan/badam/walnut/kekacang (opt)
Taburan (Optional)
kepingan badam
30gm chocolate chip

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan butter & gula perang & kacau/putar biar sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi. Masukkan esen vanilla. 
2. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Terus putar, speed sederhana.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C, kaup-balikkan dengan spatula sahaja. Biar bergaul rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar (saya guna 10 x 12) yang telah digris dengan butter & dialas baking paper (baking paper biar terlebih dari loyang, supaya senang nak mengangkat congo bars nanti).
5. Bakar pada suhu 170°C selama 40-45 minit sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Hati² jangan sampai terlebih bakar.