Pages

Tuesday 29 October 2013

Childhood Memories: Permainan Teng Teng a.k.a. Jengket

Assalamualaikum w.b.t.

Sesiapa yang lahir pada tahun lewat 60an, 70an atau mungkin 80an pun tahu akan permainan yang dipanggil teng teng a.k.a. jengket. Di kampung saya, lebih dikenali sebagai jengket. Teringat lagi waktu kecil² dulu, tak kira pagi ke tengahari ke ataupun petang, sibuk nak main jengket. Kitaorang bermain di atas pasir di halaman rumah ibu saudara, dan bila habis jer bermain, tapak kaki....masyaallah......kotor ya amat.
Ha, gambaran permainan jengket macam gambar di atas tu. Ia biasanya dilukis di atas tanah (macam gambar sebelah).
(gambar ihsan google)
Ada juga yang lukisan kekal dilukis dengan cat di atas simen atau padang rumput. Tapi saya dulu menggunakan kayu dan lukis atas tanah saja. Tiap kali nak main, kitaorang akan lukis. 
(gambar ihsan google) 
Permainan jengket ini memerlukan lebih dari seorang. Paling banyak pun 3-4 orang. Kang kalau ramai sangat, lambat pulak nak sampai turn kita. Jadi setiap orang akan mempunyai serpihan kaca, digunakan untuk membaling pada rumah-rumah yang bernombor 1-7 itu.

Permainan bermula dengan undian siapa yang akan mula dahulu, samada melalui one o som ataupun cabut lidi. Siapa dapat lidi paling panjang, dia akan mula dulu & yang paling pendek pula tempat terakhir. Kaca/tudung botol akan diletakkan di rumah no. 1, peserta pertama akan melompat terus ke rumah no. 2 dgn sebelah kaki, lompat ke rumah no. 3 dan seterusnya sampai rumah no. 7. Di rumah no. 7 perserta dapat merehatkan kaki dengan meletakkan kedua-dua tapak kaki di rumah no. 7 (untuk ambil nafas). Kemudian sambung menjengket semula ke rumah no. 3 & 2. Dari rumah no. 2, peserta kena membongkok dgn sebelah kaki untuk mengambil kaca di rumah no. 1, dan seterusnya melompat keluar, tidak boleh memijak garisan, kalau terpijak, batal dan terus ke giliran peserta ke2 pula.

Sekiranya berjaya, kaca akan dilempar ke rumah no. 2 pula dan begitulah seterusnya. Perlu diingatkan yang mana rumah yang ada kaca/tudung botol, kita kena melompat rumah tersebut. Begitulah sehingga habis (rumah no. 7). Rumah no. 7 agak penat sedikit, sebab kita tidak boleh merehatkan kaki. Dari rumah no. 6 kita akan membongkok mengambil kaca di rumah no. 7 dan terus melompat kerumah no. 3, 2 & 1.

Setelah habis semua rumah, kita akan membawa kaca di atas kepala dan berjalan sampil memejam mata melalui setiap rumah tanpa memijak garisan. Selepas itu kita akan melompat keluar garisan rumah no. 5 & akan membaling kaca tersebut ke mana² rumah. Sekiranya kaca betul² masuk ke dalam mana² rumah, rumah itu akan menjadi miliknya (rumah itu akan ditanda). Jadi peserta lain dikehendaki melompat rumah tersebut. Permainan diulang sehingga habis rumah ditanda oleh peserta. Siapa yang paling banyak mendapat hakmilik rumah, maka dialah pemenangnya.

Saya dulu kalau main ni sampai tak ingat nak balik makan tengahari. Seronok...dan menyihatkan.  Tapi sekarang, kat kampung² pun jarang ada dah. Tapi di sesetengah sekolah masih dipraktikkan...Sekurang² tak pupusla permainan teng² a.k.a. jengket ni.

Monday 28 October 2013

Quote of The Day


Faith is like a pump that fills bicycle tyre with air.
If you fill them full of air, they end up running well like the wind...
(photo from google)

Baked Macaroni

Assalamualaikum w.b.t.
Salam hari ahad, semuga mendapat rehat yang secukupnya. Di BTS, sekarang nih hujan turun mencurah-curah membasahi bumi BTS. Tiupan angin berdesir kencang.....hujan rahmat. Biasanya bila cuaca begini, perut cepat terasa lapar kan!..Jadi, jomlah kita memenuhi permintaan perut yang lapar...kang lambat-lambat takut dia meragam pulak :). Kita masak makaroni bakar ni ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Alhamdulillah...hasilnya tak mengecewakan. Sedap!!!
MAKARONI BAKAR
250gm makaroni (saya guna elbow), direbus lembut, toskan & digaul dgn sedikit butter*
1 biji capsicum hijau & merah / 1 biji cili merah & hijau, dihiris serong*
1 tin cendawan butang, dihiris nipis*
1 labu bawang holland, dipotong dadu
3 sudu besar rempah kari daging
sedikit daun bawang/ketumbar
sedikit lada hitam (optional)
daun selasih (optional)
300gm daging cincang
Sos Putih
5 biji telur grade A
220ml fresh milk/susu cair
3 sudu teh tepung jagung
 1 keping cheese (optional)
garam & gula secukup rasa
Bahan Tabur
parutan keju secukupnya  (saya guna mozarella + cheddar)

LANGKAH² PENYEDIAAN
1.  Satukan bahan bertanda (*). Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak  dlm kuali. Tumis bawang holland sehingga naik bau. Masukkan rempah kari & kacau lagi sehingga terbit bau.
3.  Masukkan  daging cincang.  Kacau hingga agak kering airnya.  Masukkan bahan  bertanda (*) tadi. Kacau sebati. Masukkan pula daun bawang/ketumbar, daun selasih & lada hitam. Kacau rata. Padamkan api.
4.  Biarkan sejuk sedikit sebelum masukkan sos putih. Gaul rata & alihkan ke dalam loyang/ bekas tahan panas yang telah digris dgn butter.
5.  Taburkan mozarella/cheddar cheese menutupi permukaan macaroni.
6.  Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit. Bakar dengan api bawah dahulu dan 5-8 minit terakhir dgn api atas bawah (untuk mengelakkan permukaan cheese nampak gelap).
7.  Hidangkan bersama sos pilihan.




Thursday 17 October 2013

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya Korban

14 October 2013M / 10 Zulhijjah 1434H

Friday 11 October 2013

Kek Lapis Blueberry-Cheese

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya nak share resepi kek lapis blueberry cheese. Sedap!!!!!...Tak rugi mencuba. Saya dapat resepi dari blog BroRozzan. Saya suai-rasa kek ini ikut citarasa saya. 

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE
450 gm mentega (saya guna SCS)
250 gm cream Philadelphia cheese
1 sudu besar ovalette 
160 gm gula halus
10 biji telur ayam
220 gm susu pekat manis (saya kurangkan ke 200 gm)
300 gm tepung Hong Kong
100 gm horlick
250 gm blueberry pie filling (saya guna  ± 350 gm)
sedikit pewarna ungu (saya omit)
1 sudu teh esen blueberry (opt) (saya omit)

LANGKAH² PENYEDIAAN
1.  Sediakan loyang 9" x 9" x 3". Griskan dasarnya & alas dengan kertas kek. Panaskan oven padu suhu 180°C.
2.  Pukul sebati mentega, cream cheese & ovalette. Masukkan  gula sedikit demi  sedikit & terus pukul hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul lagi hingga kembang & gebu. Perlahankan speed & masukkan susu manis. Pukul sebentar. Masukkan tepung Hong Kong & horlicks. Gaul rata.
4.  Ambil 5 sudu besar adunan & ratakan dlm loyang. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak ± 7 minit. Keluarkan dan ulang proses yang sama sehingga habis.
5.  Untuk lapisan kedua hingga akhir, gunakan api atas (grill) sahaja. Setiap lapisan genap, picitkan secara rambang blueberry pie filling. Buat sehingga habis. Bagi lapisan terakhir, gunakan api atas & bawah ~ 10-15 minit. 
6.  Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan kek.
 

Wednesday 9 October 2013

Puding Oreo

Assalamualaikum w.b.t.

Hari itu saya ada ternampak dekat satu blog, pemanis mulut yang nampak sedap sangat. Biasalah biskut oreo ni, boleh dipelbagaikan. Selain dari kek, coklat, celup dalam air susu, biskut oreo ni juga sedap kalau dibuat puding. Resepi asal dari sini. OK, mari kita semak bahan²nya.
PUDING OREO
1 paket / 10g serbuk agar²
750 ml air
160 gm gula
1 tin (400g) susu cair
¾ cawan serbuk milo (saya campurkan milo & serbuk koko)
1 bungkus (137 gm) biskut oreo, patah²kan sekali dgn creamnya


LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan serbuk agar² & air, masak sehingga larut (kalau agar² serbuk, satukan serbuk agar² dgn gula dahulu, baru masukkan ke dalam air & kacau rata).
2.  Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati & biar men-didih. Asingkan 2 cawan  ke dalam periuk lain & campurkan milo, kacau sebati.
3.  Tuang 1 cawan adunan milo ke dalam acuan (½ lagi campuran milo dibiarkan atas api paling kecil atau diletakkan di dalam periuk lain 'double boiler' supaya tidak membeku).
4.  Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuang kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dlm peti sejuk.
5. Tips Untuk Melapis: Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sebab takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris²kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik.

Quote of The Day


There is no qualifications necessary to love someone,
and if you love that person sincerely without any condition,
you develop the qualifications necessary for just that person


Tuesday 8 October 2013

Chocolate Lollipop Oreo

Assalamualaikum w.b.t.

Nak share satu resepi coklat yang mudah. Bahan-bahannya pun mudah saja. Okay, jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

COKLAT LOLLIPOP OREO

1-2 bungkus biskut oreo
coklat masakan (saya guna jenama beryl's)
sedikit butter untuk kilatkan coklat (optional)


LANGKAH² PENYEDIAANNYA

1.  Sediakan acuan lolipop. 

2. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Masukkan butter. Masukkan ke dalam piping bag & picitkan ke dalam acuan tadi, agak² menutupi permukaan acuan.

3.  Ceraikan biskut oreo & letak bahagian yang berinti ke atas picitan coklat tadi. Boleh letakkan lolipop stick (jika suka) & tutupkan dengan sebahagian lagi biskut oreo tadi. Picit/tuangkan coklat menutupi biskut oreo tadi. Buat sehingga habis. Biarkan mengeras & masukkan ke dalam peti sejuk. 

4.  Keluarkan dari acuan. Boleh tampal edible image kesukaan. Balautkan dgn cling wrap ataupun gunakan plastik (ada dijual di bakery shop). Siap. Sesuai untuk majlis harijadi ataupun sebagai door gift.

lolipop stick & acuan (gambar: ehsan google)

 Selamat mencuba

Monday 7 October 2013

Basic Bread Dough

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni tak tau nak buat apa. So, daripada tak tau buat apa-apa, lebih baik kita buat sesuatu. Boleh juga kenyangkan perut...Ok hari ni kita buat roti asas (basic bread). Kita buat satu adunan dan kita pelbagaikan kepada 2-3 jenis roti. Ok, mari kita semak resepinya. Kalau tak silap saya, saya dapat resepi ini dari blog IzahDaut.

BASIC BREAD
Bhn A: Gaul Sebati
750 gm tepung roti / tepung gandum
100 - 150 gm gula
1½ sudu teh garam
45 gm susu tepung
 sudu teh bread softener
 sudu teh bread improver
11 gm yis (brand mauripan)
Bhn B
375 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit
Bhn C
120 gm butter/marjerin
Bhn D
gula kasar untuk tabur (opt)


LANGKAH² PENYEDIAAN

1.  Gaul sebati bhn A. masukkan bhn B ke dlm bhn A & uli sampai licin. Masukkan bhn C & uli sampai adunan tidak melekat ditangan. Biarkan adunan naik 2 kali ganda ± 1 jam (saya tutupkan mangkuk adunan dgn tuala lembap).

2.  Setelah adunan naik 2 kali ganda, tumbuk²kan adunan utk keluarkan angin. Uli sebentar, bulat² kan doh ± 50g setiap satu. Susun dlm loyang, spraykan air atas roti & biar naik 2 kali ganda lagi.

3.  Taburkan gula kasar, jika suka, spraykan sedikit air & bakar pada suhu 180 C ± 30 minit. Keluarkan dari oven & sapukan permukaan roti dgn butter supaya nampak berkilat.

4.  Atau: Bila doh sudah naik & dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat²kan & canaikan doh dgn penggelek. Gulung doh sehingga terbentuk finger bun. Ulang sehingga doh habis. Biar adunan tadi naik mengembang & sapu garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180°C ± 25 minit/permukaan roti perang.

GARLIC SPREAD: Gaulkan Semua Bhn
50 gm butter bergaram, suhu bilik
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 pokok daun ketumbar/parsley, dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 
 Roti yang telah siap dibakar & disapu butter

MUSHROOM SOUP
1 keping dada ayam, didadu kecil
500 ml susu segar
1-2 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
1500 ml air, boleh tambah ikut kepekatan yang dikehendaki
1 tin kecil cendawan butang, dihiris
½ cawan tepung jagung/gandum, di bancuh dgn 1 cwn air
sedikit lada hitam

1.  Satukan air & ayam ke dlm periuk. Masak hingga mendidih. Masukkan susu & kiub ayam. Masak guna api perlahan. Masukkan cendawan butang & bancuhan tepung. Kacau sehingga pekat. Perasakan dgn garam & gaul sebati. Sedia untuk di hidangkan bersama roti.

2.  Atau kalau nak senang dan cepat, beli chicken mushroom dalam tin. panaskan & siap untuk dihidangkan.

3.  Kalau suka, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian lagi, timbang ± 50gm, bulat²kan. Kemudian masukkan inti kacang merah. Biarkan naik sekali ganda. Bakar pada subu 180C ± 25 minit. Kalau suka boleh taburkan bijan selepas direnjis air pada permukaan roti.