Pages

Monday 20 January 2014

Kek Pisang Marble

Assalamualaikum w.b.t.
Semalam pergi pasar, nampak pisang lemak manis, cantik² sangat. Beli dua sikat. Bila malam tengok pisang tu ada lagi sesikat. Terasa pulak nak makan kek pisang. Besok pula hari Isnin, bolehla buat bekal untuk Miss 14 & Miss 12. Terus ke dapur, mulakan baking project
KEK PISANG MARBLE
Bahan A: Disatukan & Diayak
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bicarbonate
½ sudu teh garam halus
Bahan B: Diputar Hingga Gebu
140gm gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur 
Bahan C
125gm butter, dicairkan
100gm minyak jagung
300gm pisang lemak manis, dilecek halus
½ sudu teh esen pisang (opt)
serbuk koko/paste chocolate (opt)
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan loyang dengan mentega & alas dengan baking paper, atau boleh juga ditabur dengan tepung & kemudian keluarkan lebihan tepung. 
2 Satukan gula, ovalette & telur ke dalam mixer. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & pekat (macam adunan kuih bahulu). Perlahankan speed & masukkan pisang lecek. Putar dengan speed rendah sekali, biar sebati.
3. Masukkan Bahan A berselang seli dengan minyak & mentega cair tadi. Dimulai dengan tepung & diakhiri dengan tepung juga, e.g. tepung-->minyak-->tepung-->mentega cair-->tepung. Buat hingga siap & putar biar sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi. bakar selama 50-60 minit atau hingga masak, bergantung pada tahap kepanasan oven masing².
5. Biarkan kek betul² sejuk, baru dikeluarkan dari loyang. Hidangkan sebagai minum petang bersama secawan teh 'O'...fuh.. marvelous.
Pesanan: Pastikan kek betul² sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang,
contoh orang kurang sabar macam saya, hasilnya kek nampak sopak....

No comments:

Post a Comment