Pages

Monday 24 March 2014

Lomak Cili Padi Telur Ikan Duri

Assalamualaikum w.b.t.

Dear all... sedang buat aper tu... macammana cuaca di tempat anda? Panas? Hujan? Gerimis? Kat Shah Alam sekarang ni, berbahang jugakla... tapi Alhamdulillah... nikmat jugak tu. Hari ni nak share resepi lomak cili padi telur ikan duri. Semalam pergi pasar, nampak tergolek dua ketul telur ikan duri, terus beli. Ini lauk semalam yer...
MASAK LEMAK TELUR IKAN DURI
2 ketul telur ikan duri, dikukus selama 10 minit
2 helai daun kunyit, 1 dikoyak & 1 lagi di racik kasar
2-3 keping asam gelugur
1 biji kelapa, jadikan 1.5 cawan santan cair & 1 cawan santan pekat
Bahan A: Ditumbuk/Dikisar
1 labu bawang besar (sederhana)
10 biji cili padi merah, nak pedas lagi lebihkan cili
1 inci kunyit hidup
Bahan B: Diketuk
1 batang serai
1 inci lengkuas
 

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Masukkan bahan A, Bahan B & asam keping ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga cili masak.
2. Masukkan santan cair, telur ikan & daun kunyit yang dikoyak tadi. Masak dengan api perlahan & kena kacau selalu. Jangan tinggal lama² nanti masak lemak nampak tak cantik. Kacau perlahan-lahan. Biar sampai mendidih sikit.
3. Masukkan santan pekat & kacau selalu hingga mendidih. Masukkan daun kunyit yang diracik kasar tadi. Tutp api. Siap. Hidangkan dengan nasi putih & ikan masin. Walla!!...
4. Note: Saya guna santan yang dibeli di pasar, 1 peket RM2.20.

 

Tuesday 18 March 2014

Kuih Keria Keledek Oren

Assalamualaikum w.b.t.
Bersiaran lagi kali ini. Kuih ni buat petang Ahad lepas. Tak sempat nak update on the day. Hari cuti jarang boleh update sangat sebab busy marathon cerita Korea kat internet..hihihi. Kuih keria ni sedap sangat. Kalau nak sedap kuih keria ni jangan guna banyak tepung sangat. Masukkan tepung sikit jer, baru best. Biasa kalau kita beli macam banyak tepung dari ubi keledek kan. Tapi buat sendiri lagi puas hati. Sekilo ubi dapat banyak sangat... bolehla bagi kat jiran² merasa. Kali ni saya beli keledek oren. Jadi saya namakan Kuih Keria Keledek Oren lah yer... :)
KUIH KERIA KELEDEK OREN
3 ketul keledek oren (±600gm)
Bahan B: Diayak
1 cawan tepung gandum/secukupnya
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh baking powder (optional)
Sira Gula
1 cawan gula pasir
¼ cawan air
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Kupas ubi keledek, potong kecil & rebus sehingga lembut. Angkat & toskan. Lecek ubi sehingga lumat. Pastikan betul² halus, baru kuih nampak cantik bila kita menerap/ menguli nanti.
2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jika terlalu lembut/lembik, tambahkan sedikit tepung lagi sehingga mendapat doh yang dikehendaki.
3. Sapukan tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil sedikit doh, bulat²kan & leperkan sedikit. Kemudian lubangkan ditengah² kuih tadi. Aturkan ke atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Buat sehingga habis adunan. Atau boleh juga menggunakan acuan kuih donut yang kecil tu...macam saya buat ni.
4. Panaskan minyak dalam kuali & goreng kuih hinga keperangan dengan api sederhana. Jangan lama sangat, nanti hangus. Angkat & toskan minyaknya. 
5. Sira Gula: Masukkan air & gula ke dalam kuali. Nyalakan api & kacau selalu sehingga likat. Masukkan kuih tadi & gaul rata sehingga bersalut semuanya. Kacau sehingga kuih nampak 'bersakar' - macam dalam gambar. Siap. Mudah jer kan..

Sunday 16 March 2014

Kuah Rojak Petis

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat hari ahad semua. Alhamdulillah hari ni hujan turun membasahi bumi. Rasa macam hilang sesak nafas... Kalau tak dalam rumah pun bau asap. Moga² hilanglah jerebu. Terasa rindu nak tengok langit yang kebiru-biruan. Walaupun sekejap hujan menyinggah membasahi bumi, tapi syukur alhamdulillah..dah tak ada bau asap dah. Kalau tak, kejap ke dapur, sebab bila bau asap terus set kat kepala, lupa padam api dapur. Seperti biasalah bila hujan, perut punc epat lapar. Encik Suami request nak makan rojak sotong, tapi kuahnya kena buat sendiri. Jadi kitapun buatlah kuah petis hari ni. Kuah rojak ni untuk rojak buah, kuah merah rojak sotong tak buat pun...
KUAH ROJAK/KUAH PETIS
 
± 400ml kicap lemak manis
450gm gula merah/nesan/gula melaka
gula pasir secukupnya (optional)
2 inci belacan, dibakar & dihancurkan
500ml sos cili
50ml sos tomato (optional)
1¾ - 2 cawan cili kering kisar
±¼ cawan bijan, disangai
60gm tepung jagung, dibancuh dengan air 

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Campurkan cili kisar & kicap, kacau rata. Tapiskan ke dalam periuk/kuali.
2. Masukkan bahan² lain, kecuali tepung jagung & bijan. Nyalakan api & kacau rata. Gunakan api perlahan & kena kerap² kacau. Masak sehingga nampak buih² kecil di tepi² periuk.
3. Ambil bancuhan tepung jagung & tuangkan ke dalam periuk/kualit adi. Cepat² kacau untuk elakkan dari berketul. Kacau lagi sehingga kuah tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan bijan yang disangai tadi & terus kacau sebingga kuahnya nampak berkilat & kelihatan licin.
5. Tutupkan api & sejukkan dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama.










Saturday 15 March 2014

Nilai 3

Assalamualaikum w.b.t.
Ha..hari ni saya naikkan 2 entry sekaligus. Mood rajin mai sikit ni. Nak cerita sikit pasai pengalaman pergi Nilai 3. Hari ni saya & keluarga ke Nilai 3 sebab nak cari langsir untuk rumahla kan...takkan nak beli untuk pejabat pulak. Jadi pukul 11.30 baru kita bertolak ke Nilai 3 selepas ambil Miss 12 habis kelas tambahan... maklumla nak ambil UPSR tahun ni. Jadi kenalah lipat gandakan usaha sikit.

Seperti biasalah kalau menghala ke selatan, kami sekeluarga mesti singgah di R & R Nilai.. fuh...daging salai dia sentiasa menggamit selera. Tadi kami makan lomak cili padi daging salai, lomak telur itik & lomak ayam, ayamn goreng & sayur. Agak mengejutkan jugak kerana dikenakan bayaran sebanyak RM28.00... ishhh betul ker akak ni kira... double check memang betullah. Alhamdulillahh..murah rezeki akak yer. Dahla sodap..murah pulak tu... Dah kenyang barulah kita teruskan perjalanan. Sekejap saja dah sampai... (ini baru pertama kali menjejak ke Nilai 3 ni...).

Masuk jer ke kawasan Nilai 3....masyaallah...rambang biji mata..tak tahu nak pilih mana satu. Kedai langsir, baju, bantal, keperluan rumah & macam2 lagi...adoyaiii..... bestnyer.... Lepas dari satu kedai ke satu kedai, pencarian kami terhenti di Nafisa Gulati... jadi kamipun beli day curtain & night curtain..harganya pada saya agak berpatutan..sebab upah jahitnya serendah RM8.00/panel. Ok, show time...tadaaaa!!!!!

Kuih Getas

Assalamualaikum w.b.t.
Hai...bersiaran lagi kita dari flourbasicblogspot. Macammana hari ni? Sihat semua. Hari ni hari cuti am, jadi ambil peluang ni untuk berehatlah yer...yang nak berjalan² pun ramai jugak tu. Saya pagi ni cuba buat kuih getas, rasanya kuih ni asalnya dari pantai timur sana kan..ini kali pertama saya mencuba ni. Resepinya agak senanglah jugak. Ni dalam kategori kalau buat pasti jadi ni.
KUIH GETAS
Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1½ cawan kelapa parut putih
sedikit garam
Bahan B
150ml air
Sira Gula
¾ cawan gula pasir
¼ - ½ cawan air

LANGKAH² PENYEDIAAN
1.  Satukan bahan A ke dalam mangkuk & gaul rata. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul rata. Uli sehingga menjadi doh yang lembut (macam adunan ondeh² buah melaka).
2. Kemudian, bulat²kan & leperkan sedikit. Kalau suka boleh tekan tengahnya dengan ibu jari, biar berlekuk sedikit. 
3. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak. Goreng kuih tadi dengan api perlahan sehingga kekuning-kuningan/masak. Angkat & toskan.
4. Sira Gula: Masukkan gula & air ke dalam kuali. Nyalakan api & kacau sehingga adunan menjadi likat. Padamkan api. Masukkan kuih tadi & gaul rata sehingga sira gula tadi menjadi kering keputih-putihan. Angkat & bolehlah dihidangkan.
5. Note: Kuih ni gulanya agak terlebih. Lain kali kena kurangkan sikit gulanya. Kalau nanti saya buat saya updatekan yer.


Thursday 13 March 2014

Quote of the Days


Just sharing quotes from internet..

funny-motivational-quotes-8.jpg (600×500)

Alfred A. Montapert Quote

Quote4.jpg (800×714)

Pray MH370

Assalamualaikum w.bt.

Fuh...fuh...fuh..berabuk rumah..lama tak jengah. Agak sebok sedikit kebelakangan ni..kerja tak habis2. Siang sebok di pejabat..malam sebuk cara kat rumah pula...itu yang terabai blog ni.

Hari ni dah masuk hari ke enam misteri kehilangan MH370...bermacam-macam teori & spekulasi yang kita baca. Ada yang kata kena hijack, ada yang kata terhempas, ada yang kata berpatah balik & macam2 lagi. Begitu juga dengan spekulasi2 lainnya, yang mana ada yang boleh diterima akal & banyak juga yang tak masuk akal. Pada saya daripada kita semua membuang masa adalah lebih baik kita menadah tangan & berdoa semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Sesungguhnya semuanya adalah kehendakNya. Tiada yang tercepat tiada yang terlewat. Chronologi ringkas misteri kehilangan MH370 ni saya dapat dari forum cari. Kredit to Cari Forum - Isu Semasa.

Chronology Ringkas MH370

Day 1. Sabtu, 8 Mar 2014
  • 12.40 am berlepas dari KLIA
  • Kira2 jam 1.30 am pesawat gagal dihubungi.
  • Radar tidak dapat mengesan pesawat.
  • Segala komunikasi utama tidak memberi sebarang isyarat.
  • Backup system tidak memberi sebarang isyarat.
  • Usaha pencarian dimulakan.

Day 2. Ahad, 9 Mar 2014
  • Siasatan dan pengesanan masih dijalankan. Tiada apa2 penemuan baru.
  • Kelengkapan teknologi moden dari negara luar masuk untuk memberi bantuan pengesanan.
  • Laporan menyatakan Boeing 777 merupakan pesawat berteknologi tinggi yg sangat hebat.
  • Laporan military radar merekodkan pesawat melakukan turnback.
  • Rakyat yg bukan pakar dilarang membuat spekulasi.

Day 3. Isnin, 10 Mar 2014
  • Bantuan nelayan diperlukan bagi proses pengesanan.
  • Siasatan masih dijalankan. Tiada apa2 penemuan baru.

Day 4. Selasa 11 Mar 2014.

Day 5. Rabu 12 Mar 2014
  • Siasatan dan pengesanan masih dijalankan. Tiada apa2 penemuan baru.
  • Pencarian diteruskan di Selat Melaka dan Laut China Selatan
  • Rakyat diminta berdoa dan meninggalkan amalan kurafat.

Day 6. Khamis 13 Mar 2014

  • LIVE UPDATES FROM THE ‪#‎MH370‬ PRESS CONFERENCE AT KLIA
    13th March 2014, 5:30PM
    > It has been 6 days since MH370 disappeared. Currently 43 ships & 40 aircraft searching South China Sea & Straits of Malacca.
    > The news report of MH370 continuing to fly after 4 hours is not true. The last aircraft transmission was at 1:07 am local time. Rolls Royce and Boeing also confirmed this. 
    > DS Hishammuddin Hussein also confirmed that no debris had been found where Chinese satellite’s detected large objects on Sunday in the South China Sea.
    > Malaysia has shared raw military radar data with its international partners.
    > DS Hishammuddin Hussein said the situation is unprecedented. It is a complex situation. Malaysia has nothing to hide. There is no real precedent for a situation like this. The plane vanished.
    > Rolls Royce and Boeing teams are here in KL and have worked with MAS and the investigations team since Sunday.
    > DS Hishammuddin Hussein also dismissed reports that the authorities had raided the homes of members of the plane’s crew.
    > DS Hishammuddin Hussein said all unverified info/data will jeopardise our search operations. It is important for us to verify all information
    > DS Hishammuddin Hussein confirms the search teams have found nothing from any of the potential leads.
    > "We have shared raw military data with partners including U.S. & China to help with investigations. We owe it to the families to follow up on any leads. Our main effort has always been the South China Sea." DS Hishammuddin Hussein
    > The next press conference on #MH370 will take place tomorrow, Friday 14th March 2014 at 5:30PM

    ‪#‎prayforMH370‬

Sehingga ke saat ini, masih belum ada apa2 berita positif lagi. Kehilangannya masih menjadi satu misteri. Saya memohon pada semua marilah kita membuat sembahyang hajat & sama2 berdoa kepada Allah S.W.T. semoga dapatlah kita menjumpai MH370 ini. Kalau di laut, timbulkanlah, kalau di langit, turunkanlah, kalau di darat, zahirkanlah... keep praying for them.
mh3701.jpg
Amin..