Pages

Thursday 28 August 2014

Suatu Ketika Dahulu

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni nak bercerita pasal alat-alat hiburan lama, sekitar tahun 70an & 80an... mungkin juga awal 90an. Di alaf baru memang payah nak jumpa dah benda-benda macam ni.

 "Lesen televisyen(atau lesen penerima penyiaran) ialah lesen rasmi yang wajib dipegang oleh sesiapa yang menerima siaran televisyen (dan adakalanya juga radio) di sesetengah negara, sebagai satu bentuk cukai sandaran bagi membiayai penyiaran awam, sekaligus membolehkan penyiar awam menyiarkan rancangan tanpa atau dengan sedikit dana dari iklan" - sumber wikipedia.


Masih ingat dulu waktu TV & Radio dikenakan yuran tahunan. Mula-mula RM12.00 (tapi pada masa tu tak guna RM guna sign dollar - $12). Ha..macam gambar kat bawah ni. Tapi kalau tak silap pada tahun 80an/90an, bayaran dinaikkan ke $24.00.

 
 lesen-tv
Akhirnya lesen Radio & TV dimansuhkan pada tahun 1999. Cukai dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. 

Sebenarnya bila bercerita pasal lesen ni, teringat cerita zaman dulu-dulu, kenangan bersama arwah ayah saya. Keluarga kami pada masa tu, tak mampu macam sekarang ni.. Alhamdulillah. Jadi ada masanya kami tak mampu nak bayar lesen Radio & TV tu. Biasanya bila ada pegawai yang datang memeriksa, arwah ayah akan membungkus radio dengan kain & letakkan di atas pokok para di belakang rumah (masa tu kami ada radio saja). Bila pegawai tu dah sampai di Pekan Mahang, nanti pasti akan ada seseorang akan naik motor & terus bagitau orang kampung yang ada pegawai nak pereksa lesen Radio & TV. Masa tu, cepat-cepat arwah ayah saya akan bungkus radio & letak di atas pokok para... dengan pesanan kepada kami semua, kalau pegawai tu tanya ada radio ker tak, cakap tak ada. Bila dikenang-kenangkan kembali, lucu pun ada, sayu pun ada... haish.... Ni ha gambar radio yang sama macam arwah ayah punya.
old radio by siemens by matteo86.. Radio ni pakai bateri. Masa tu yang ada cuma bateri cap badak, warna kuning. Masukkan 4 biji kat belakang tu, tahanla 3-4 hari kalau jarang2 mendengarnya. 


Pada hujung 70an kot.. kami beli peti televisyen yang ada pintu tu. Macam ni haaa...
 Nak tukar channel kena pusing tombol besar tu. Butang2 kecil kat bawah tu untuk adjust colour, bright or dark.....
 Ini gambar penuhnya. TV dulu amat mahal harganya. Berbeza dari sekarang LCD tv pun baru seribu-dua ribu.

Sekarang ni kita dah tak perlu bayar yuran untuk lesen Radio & TV, cuma siaran berbayar Astro & internet & macam2 lagi. Kita pun boleh download dari internet untuk tengok filem2 kesukaan. Masa bergerak pantas hinggakan sekarang i semuanya dihujung jari saja.

Wednesday 27 August 2014

Puding Laici Nenas

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya nak share resepi Puding Laici & Nenas. Satu kombinasi yang sedap, masam + manis = sedap. Tambahan pula setelah disejukkan...wallaaa!!!! Boleh juga di makan dengan puding kastad. Tapi...saya makan begitu saja. Kalau tak suka tepung kastad, abaikan saja.

PUDING LAICI NENAS
Bahan A: Lapisan Laici
10gm agar² serbuk + 180gm gula pasir, digaul rata
750ml air kosong
1 tin susu cair
1 tin laici, dimesin hancur
Bahan B: Lapisan Nenas
10gm agar² serbuk + 180gm gula pasir, digaul rata
800ml air kosong
1 tin susu cair + 3/4 cawan tepung kastad, sebatikan
1 tin nenas bulat/kiub (kisar separuh)
ciri merah utk hiasan (opt)
 
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Bahan A: Didihkan air dalam periuk. Masukkan campuran gula & agar². Kacau rata hingga agar² larut dalam air (sekiranya  menggunakan agar² tali, masakkan agar² tali dengan air sehingga larut, baru masukkan gula). 
2. Kemudian masukkan susu cair, seterusnya masukan laici yang dimesin tadi. Kacau sekata. Tuangkan ke dalam bekas & biarkan keras sedikit.
3.  Bahan B: Didihkan air dalam periuk. Masukkan campuran gula & agar². Kacau rata hingga agar² larut dalam air. Masukkan nenas kisar & isinya sekali. Kacau rata.
4. Kemudian tapiskan campuran susu cair & tepung akstad tadi. Kacau hingga adunan agak pekat/letupan kecil.
5. Tuangkan perlahan-lahan ke atas adunan laici tadi. Sebelum tuang, carik²kan permukaan laici tadi dengan garpu. Tujuannya supaya adunan nenas tadi melekat elok.
6. Tips: Sekiranya menggunakan nenas tin yang bulat, letakkan atas sekali & di bulatannya diletakkan ceri. Kalau suka boleh sedikan kuah kastad. 
7. Kuah Kastad: Dengan api perlahan, masakkan 1 tin susu cair, 2 gelas air  & 5 sudu besar gula hingga larut. 1 sudu besar tepung kastad dibancuh dengan sedikit air & masukkan ke dalam adunan & kacau rata. Tambahkan sedikit garam. Kacau lagi hingga kuah mendidih. Angkat & biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 
8. Cara Menghidang: Masukkan 1 tin fruit cocktail & ketulan air ke dalam kuas kastad tadi. Potong puding tadi & masukkan ke dalam mangku. Siramkan dengan kuas kastad. Serve. Sedap...

Tuesday 26 August 2014

30 Syawal 1435 Hijrah / 26 August 2014 Masihi - Open House & Potluck

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari ni hari terakhir Syawal bagi tahun 1435 Hijrah. Tentu berebut-rebut orang nak buat rumah terbuka terakhir kan untuk tahun ni... Ialah sekarang ni rumah terbuka dah macam lumrah dah, semua orang nak buat rumah terbuka. Kalau dulu-dulu bila sebut rumah terbuka tu, terbayang rumah-rumah menteri, artis & orang-orang kenamaan sahaja. Sekarang ni siapa-siapapun dah buat rumah terbuka. Alhamdulillah...murah rezeki mereka.

Bercakap pasal rumah terbuka, pejabat saya pun buat jamuan meraikan hari terakhir Syawal bagi tahun ini. Bertempat di Pusat Perniagaan Worldwide, pihak syarikat mengadakan 'Open-Office' a.k.a. rumah terbuka untuk kakitangan & anak syarikat. Menu utama nasi hujan panas, ayam masak merah???, dalca  & acar rampai, ditempah di kedai Kak Sue -  bawah pejabat jer kedainya.

Kami pula masing-masing membawa serba sedikit makanan sebagai tambahan kepada menu utama. Ada kek pisang, puding karamel, kek buah, lempeng, ubikayu cecah sambal, lempeng, apam, kek coklat, roti jala, mee udang, sambal telur puyuh, angel hair goreng, mee goreng, karipap, seri muka, popia goreng, bahulu, kek cheese, brownies, kek marble & puding laici nenas (resepi di bawah). Sementara minuman pula air sirap, teh tarik (by Puan Alia) &  koktel laici & matakucing & jelly (by RM & Puan Farissa). Sementara buah-buahan pula buah tembikai & duku langsat. 

Roti jala, kari ayam (CRF) angel hair goreng (Encik Malik),
mee udang  & bahan2nya (Encik NazariSafari), mee goreng (Datin)
Lauk-pauk nasi hujan panas (Kedai Kak Sue)
Puding laici nenas (RM), bahulu, puding, rainbow cookies (unknown),
brownie (SarahDiyanah), cupcake, cheesecake, fruit cake (unknown)
Kek pisang (Puan Misah), Karipap (Cik Nadia), Sandwich (Encik Malik),
ubi rebus & sambal, seri muka, roll cake, choc cupcake, puding gula
hangus (unknown), kek pisang &  kek marble (Cik Aina), popia (unknown)

Di sini ada la sikit gambar makan-makan sebagai kenang-kenangan nati (credit to Puan Alia).
L-R: Encik Nazari Sfari, Encik Zakaria, Encik M. Azhar, Encik Hamid, Unknown & Encik Zaharman
L-R: Encik Akil, Dato;, Cik Sarah & Datin
L-R: Unknown, Encik Che Zaki, Encik Malik, Encik Fuad & Encik Bawawi
Cik Aida, Staff Tabung Haji, Puan Farissa & Puan Zaza
CRF
Add caption

Cik Sarah & Puan Liyana
L-R: Puan Misah, Cik Aina, Cik SIti, Cik Puan Miza
Fuh...sambung besoklah yer. Penat menaip..hehehe.















Thursday 5 June 2014

Welcome Back

Assalamualaikum w.b.t.

Hai..bersiaran lagi kita...fuh! fuh! fuh! bersawang blog. Tak taulah nak cakap macam mana... hari tu dah berazam dah nak update blog sekerap mungkin...tapi..nan hado...idokler dapat teman nak nolong....Ok, takper..kita bina azam baru lagi...terus berazam..jangan mudah mengalah.

Sebagai semangat untuk terus berblog...kita mulakan dengan kata-kata hikmat & pendorong untuk diri sendiri dulu.. :).





Ok, sampai berjumpa lagi......

Monday 24 March 2014

Lomak Cili Padi Telur Ikan Duri

Assalamualaikum w.b.t.

Dear all... sedang buat aper tu... macammana cuaca di tempat anda? Panas? Hujan? Gerimis? Kat Shah Alam sekarang ni, berbahang jugakla... tapi Alhamdulillah... nikmat jugak tu. Hari ni nak share resepi lomak cili padi telur ikan duri. Semalam pergi pasar, nampak tergolek dua ketul telur ikan duri, terus beli. Ini lauk semalam yer...
MASAK LEMAK TELUR IKAN DURI
2 ketul telur ikan duri, dikukus selama 10 minit
2 helai daun kunyit, 1 dikoyak & 1 lagi di racik kasar
2-3 keping asam gelugur
1 biji kelapa, jadikan 1.5 cawan santan cair & 1 cawan santan pekat
Bahan A: Ditumbuk/Dikisar
1 labu bawang besar (sederhana)
10 biji cili padi merah, nak pedas lagi lebihkan cili
1 inci kunyit hidup
Bahan B: Diketuk
1 batang serai
1 inci lengkuas
 

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Masukkan bahan A, Bahan B & asam keping ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga cili masak.
2. Masukkan santan cair, telur ikan & daun kunyit yang dikoyak tadi. Masak dengan api perlahan & kena kacau selalu. Jangan tinggal lama² nanti masak lemak nampak tak cantik. Kacau perlahan-lahan. Biar sampai mendidih sikit.
3. Masukkan santan pekat & kacau selalu hingga mendidih. Masukkan daun kunyit yang diracik kasar tadi. Tutp api. Siap. Hidangkan dengan nasi putih & ikan masin. Walla!!...
4. Note: Saya guna santan yang dibeli di pasar, 1 peket RM2.20.

 

Tuesday 18 March 2014

Kuih Keria Keledek Oren

Assalamualaikum w.b.t.
Bersiaran lagi kali ini. Kuih ni buat petang Ahad lepas. Tak sempat nak update on the day. Hari cuti jarang boleh update sangat sebab busy marathon cerita Korea kat internet..hihihi. Kuih keria ni sedap sangat. Kalau nak sedap kuih keria ni jangan guna banyak tepung sangat. Masukkan tepung sikit jer, baru best. Biasa kalau kita beli macam banyak tepung dari ubi keledek kan. Tapi buat sendiri lagi puas hati. Sekilo ubi dapat banyak sangat... bolehla bagi kat jiran² merasa. Kali ni saya beli keledek oren. Jadi saya namakan Kuih Keria Keledek Oren lah yer... :)
KUIH KERIA KELEDEK OREN
3 ketul keledek oren (±600gm)
Bahan B: Diayak
1 cawan tepung gandum/secukupnya
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh baking powder (optional)
Sira Gula
1 cawan gula pasir
¼ cawan air
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Kupas ubi keledek, potong kecil & rebus sehingga lembut. Angkat & toskan. Lecek ubi sehingga lumat. Pastikan betul² halus, baru kuih nampak cantik bila kita menerap/ menguli nanti.
2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jika terlalu lembut/lembik, tambahkan sedikit tepung lagi sehingga mendapat doh yang dikehendaki.
3. Sapukan tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil sedikit doh, bulat²kan & leperkan sedikit. Kemudian lubangkan ditengah² kuih tadi. Aturkan ke atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Buat sehingga habis adunan. Atau boleh juga menggunakan acuan kuih donut yang kecil tu...macam saya buat ni.
4. Panaskan minyak dalam kuali & goreng kuih hinga keperangan dengan api sederhana. Jangan lama sangat, nanti hangus. Angkat & toskan minyaknya. 
5. Sira Gula: Masukkan air & gula ke dalam kuali. Nyalakan api & kacau selalu sehingga likat. Masukkan kuih tadi & gaul rata sehingga bersalut semuanya. Kacau sehingga kuih nampak 'bersakar' - macam dalam gambar. Siap. Mudah jer kan..