Pages

Monday 9 December 2013

Red Velvet Cup Cake

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua lagi kita di alam blog. Hari ni saya nak kongsikan resepi red velvet cup cake a.k.a. kek baldu merah. Kek ni sedap..moist dan lembut jer. Tambahan pula bila diletakkan topping cheese...fuh...bertambah²lah sedapnya. Sebenarnya resepi ni saya dapat dari internet juga, tapi dulu² saya salin & simpan dalam word file. Jadi saya lupalah pulakkan siapa pemiliknya. Jadi minta maaflah yer kalau saya tak sebut namanya di sini.
RED VELVET CUP CAKE
Bahan A: Disatukan & Diayak
300gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
Bahan B: Pukul Sampai Kembang & Gebu
125gm unsalted butter (saya guna anchor)
280gm gula kastor
Bahan C
2 biji telur
Bahan D: Disatukan & Kacau Rata
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan
2 sudu teh pewarna merah
Bahan E: Buttermilk
240ml buttermilk/campurkan 240ml cuka makan dgn 1 sudu besar cuka makan,
biarkan selama 10 minit, sedia digunakan)
Cream Cheese
100gm non-dairy whipping cream (saya guna brand Rich's)
250gm Philadelphia cream cheese
125gm butter
50gm gula aising
2 sudu teh lemon paste/perahan lemon

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Sediakan acuan/paper cup. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Pukul Bahan B hingga kembang & gebu. Masukkan Bahan C satu persatu & pukul lagi. Masukkan Bahan D & pukul sebati.
3. Masukkan Bahan A diselang-seli dengan Bahan E (dimulakan dengan Bahan A & diakhiri dengan Bahan A juga: Bahan A --> Bahan E --> Bahan A --> Bahan E --> Bahan A). Pukul lagi biar sebati, speed sederhana.
4. Tuang adunan ke dalam acuan/paper cup sebanyak ¾ & bakar selama 20-25 minit. Kalau tak mahu adunan tinggi sangat, cukup
sahaja dimasukkan ½ cup sahaja.
4. Sejukkan & pipekan cream cheese. Taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Pastikan cup cake betul² sejuk sebelum diletak/pipekan cream cheese.
5. Cream Cheese: Pukul non-dairy whipping cream hingga bertanduk. Ketepikan. 
6. Dalam bekas lain, pukul butter bersama cream cheese hingga sebati. Masukkan perahan lemon & gula aising. Pukul hingga gebu dan berkrim. Satukan adunan butter dengan non-dairy whipping cream tadi. Pukul dengan mixer, speeed perlahan. Sedia untuk digunakan.
ready for delivery

No comments:

Post a Comment