Pages

Monday 9 December 2013

Karipap

Assalamualaikum w.b.t.
Karipap ni... rasanya saya buat dalam minggu lepas. Tapi lupa nak up kat blog. Nak kata sibuk sangat tu..tak juga... terlupa la gamaknya. Resepi ni saya ambil dari sini. Tapi saya buat separuh dari adunan tu. Kalau ikut resepi tu banyak sangat... takut tak terlarat nak menguli & menggentelnya nanti.
KARIPAP RANGUP
 Bahan A: Digaul Rata
500gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu makan gula
Bahan B: Dipanaskan 
3 sudu besar butter/marjerin (saya guna shortening)
¼ cawan minyak masak
Bahan C: Dicampur Sebati
½ sudu garam halus + 1 cawan air suam

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan Bahan A, gaul rata & sebatikan.
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata. Ianya akan kelihatan sedikit bergentel, gaul sehingga menjadi gentelan yang agak halus. 
3. Untuk pastikan adakah ianya cukup sebati, kepalkan sedikit adunan, sekiranya ianya berkepal padat (tidak mudah terlerai), makan sudah OK adunan tersebut.
4. Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit & uli hingga sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut & kenyal - tidak melekat di tangan & dinding mangkuk adunan. Jika melekit tambahkan sedikit tepung & uli lagi sehingga kenyal.
4. Tutup adunan dengan cling wrap & perapkan doh selama ½ jam. Setelah itu keluarkan doh & sedia untuk digunakan.
5. Note: Adunan ini boleh diguna-pakai berkali-kali. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik & letak di tempat beku (freezer). Nyah-beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya. Boleh juga dicanai & dijadikan roti bom.

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment