Pages

Monday 9 December 2013

Lasagna / Lasagnia

Assalamualaikum w.b.t.
Inipun entry tertunda. Saya masak lasagna/lasagnia (yang mana satu yang betul ek) ni pada cuti minggu lepas. Tengok cheese ada, kepingan lasagna pun ada..so, apa lagi. Teruskan misi membuat lasagnia. Saya buat dalam bekas aluminium foil yang bulat & yang panjang. Tapi yang panjang tu tak sempat nak snap gambar..dah habis ngap. Tinggallah gambar dalam bekas bulat ni saja. Itupun...nasib baik sempat snap.
LASAGNIA / LASAGNA
1 kotak (250gm) instant lasagna, direbus sebentar dengan sedikit minyak
Bahan A: Sos Merah
4 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 botol (24oz) prego pasta sauce (saya guna mushroom)
2 sudu besar sos cili (optional)
1 tin cendawan butang, dibuang airnya & dipotong nipis
400gm daging cincang
2 labu bawang besar holland, dipotong dadu
6-7 ulas bawang putih, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
sedikit mixed herbs/oregano
mozarella cheese
cheddar cheese, disagat
garam secukup rasa
Bahan B: Sos Putih
3-4 sudu besar butter
2 sudu besar parutan cheddar cheese/3 keping cheesdale
500ml fresh milk (saya guna goodday)
3 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Sos Merah: Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul sebati hingga warna daging berubah menjadi kepucat-pucatan. Masukkan pula sos prego & sos cili tadi. Gaul sebati ~ 2 minit.
3. Masukkan cendawan butang. Kacau lagi. Perasakan dengan garam & masukkan serbuk oregano & serbuk lada hitam. Gaul Sebati. Tutup api. Siap. 
4. Sos Putih: Satukan tepung gandum dengan fresh milk. Kacau sebati & tapiskan. 
5. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan campuran fresh milk tadi. Kacau dengan whisk lebih mudah. Masukkan cheddar cheese & kacau lagi biar sebati sehingga cheese mencair & bergaul rata. Perasakan dengan garam. Kacau sehingga adunan menjadi agak likat. Siap.
6. Melapis Lasagna: Ambil loyang yang sesuai/bekas aluminium foil. Susun kepingan lasagna menutupi dasarnya. Ratakan sos merah di atasnya. Kemudian tuangkan pula sos putih di atas sos merah. Taburkan parutan cheese tadi. Ulang balik dengan cara yang sama: Kepingan lasagna --> sos merah --> sos putih --> taburan cheese. Buatlah seberapa lapisan yang anda suka. Biasanya 2 - 3 lapisan sahaja.
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu - suhu 180°C selama 40 minit, ini bergantung pada tahap kepanasan oven masing².
walla!!!!...

No comments:

Post a Comment