Pages

Wednesday 11 December 2013

11 12 13 & Kek Lapis Hawflakes

Assalamualaikum w.b.t.
Cantikkan tarikh hari ini, 111213 (11.12.13 a.k.a. 11 December 2013). Hari ni cuti am bagi Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (born 24 December 1945) iaitu sultan negeri Selangor yang ke-9.

Hari ni juga genap 20 tahun peristiwa runtuhnya Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium & merupakan satu²nya tragedi bangunan runtuh yang pertama & terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Dan, saya rasa mangsa yang paling diingati ialah allahyarham Carlos Rashid anak kepada Datuk Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Al-fatihah.

Memandangkan saya pun bercuti, saya pun merajinkan diri membuat kek lapis hawflakes atau juga dikenali sebagai kek lapis masam manis. Saya buat versi bakar, sebab tak cukup rajin nak mengukus. Tapi kalau bakar pun, kek ni memang moist & sedap...Satu nak pesan pasal kek lapis ni, pastikan anda betul² rajin, baru buat...jangan hangat² taik ayam, nanti lapisannya tak cantik..hehehe. Istiqamah!!!
KEK LAPIS HAWFLAKES 
Bahan A: Disatukan & Diayak
125gm tepung Hong Kong/gandum
125gm biskut marie, dikisar halus & diayak
100gm horlicks
Bahan Lain
450gm butter
130gm gula halus
1 sudu besar ovalette
10 biji telur gred A/11 biji gred C
180-200gm susu pekat manis
50gm jem apricot/srikaya
pewarna merah, kuning & hijau
secukup hawflakes

 
LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Satukan butter, gula halus & ovalette dalam mangkuk pengadun. Putar hingga kembang & gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
2.Pada speed sederhana, masukkan susu pekat manis, diikuti jem aprikot/srikaya. Putar lagi biar sebati. Perlahankan mixer, masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Putar sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian: 1 bhgn diwarnakan kuning, 1 lagi hijau & 1 lagi warna merah. Setiap 1 bahagian dibahagikan lagi kepada 5 lapisan, contohnya kalau 1 bahagian = 300gm, bahagikan kepada 5 lapisan = 1 lapisan = 60gm.
5. Bakar selapis demi selapis pada suhu 180C selama 5 minit. Lapisan pertama mengguna-kan api atas & bawah. Lapisan seterusnya api atas sahaja, hinggalah ke lapisan terakhir, tukar semula kepada api atas & bawah. Bakar lagi selama 10-15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

Note: a) Pewarna boleh ditukar kepada warna pilihan masing² & kreativiti melapis juga tepulang pada individu itu sendiri.
b) Sebaiknya telur dipecahkan satu persatu baru dimasukkan ke dalam mixer.
c) Sekiranya hanya menggunakan tepung, jadikan beratnya 250gm + 100gm horlicks.
d) Balut dengan aluminium foil untuk kekalkan kelembapannya & simpan dalam peti sejuk. Kek ini boleh tahan sehingga 3 bulan.

No comments:

Post a Comment