Pages

Saturday 15 March 2014

Nilai 3

Assalamualaikum w.b.t.
Ha..hari ni saya naikkan 2 entry sekaligus. Mood rajin mai sikit ni. Nak cerita sikit pasai pengalaman pergi Nilai 3. Hari ni saya & keluarga ke Nilai 3 sebab nak cari langsir untuk rumahla kan...takkan nak beli untuk pejabat pulak. Jadi pukul 11.30 baru kita bertolak ke Nilai 3 selepas ambil Miss 12 habis kelas tambahan... maklumla nak ambil UPSR tahun ni. Jadi kenalah lipat gandakan usaha sikit.

Seperti biasalah kalau menghala ke selatan, kami sekeluarga mesti singgah di R & R Nilai.. fuh...daging salai dia sentiasa menggamit selera. Tadi kami makan lomak cili padi daging salai, lomak telur itik & lomak ayam, ayamn goreng & sayur. Agak mengejutkan jugak kerana dikenakan bayaran sebanyak RM28.00... ishhh betul ker akak ni kira... double check memang betullah. Alhamdulillahh..murah rezeki akak yer. Dahla sodap..murah pulak tu... Dah kenyang barulah kita teruskan perjalanan. Sekejap saja dah sampai... (ini baru pertama kali menjejak ke Nilai 3 ni...).

Masuk jer ke kawasan Nilai 3....masyaallah...rambang biji mata..tak tahu nak pilih mana satu. Kedai langsir, baju, bantal, keperluan rumah & macam2 lagi...adoyaiii..... bestnyer.... Lepas dari satu kedai ke satu kedai, pencarian kami terhenti di Nafisa Gulati... jadi kamipun beli day curtain & night curtain..harganya pada saya agak berpatutan..sebab upah jahitnya serendah RM8.00/panel. Ok, show time...tadaaaa!!!!!

No comments:

Post a Comment