Pages

Saturday 8 February 2014

My Mum at My House / Florentine Cookies

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat bercuti  untuk semua warga kota. Hari untuk merehatkan badan setelah 5 hari berhempas pulas di pejabat (bagi ibu² yang berkejaya). Bagi suri rumahtangga pun, hari ni ambil peluang untuk berehat juga. Ada anak² & suami untuk menolong selesaikan kerja² rumah. Atau ada juga yang kelua berjalan², melihat keindahan alam.

Sebenarnya hari selasa (040214) emak saya datang ke rumah. Jadi hilanglah rindu bila dapat jumpa emak. Saya ni jarang balik kampung.... Duduk sekejap saja. Hari khamis (060214) kakak dari Melaka datang ambil. Mak saya buat tour jalan rumah anak². Bermula dari Simpang Pulai, Ipoh, abang saya hantar mak ke rumah saya di Bandar Tasik Selatan. Dari BTS kakak saya dari Bukit Rambai, Melaka datang ambil. Selepas tu, mungkin abang saya dari Taman Universiti, Johor pula datang ambil mak. Banyak transit tu. Sama juga bila mak nak balik kampung nanti. Johor --> Melaka --> BTS --> Ipoh --> Kampung Batu 7. Ialah mak dah tinggal seorang semenjak arwah ayah pergi menemui penciptanya pada 18 February 2003. Dah hampir 11 tahun, cepat betul masa berlalu.

Saya masak asam pedas ikan merah, sup ayam, ikan masin goreng, sambal, sayur brocolli. Hari Khamis tu kakak datang ambil mak. Along request nak makan biskut florentine. Ala mudah jer kan buat biskut ni. Nanti saya letak juga resepinya yer. Lepas tu saya buat lagi banana marble cake. Kek sedap, mesti buat selalu. Lembut, gebu & sedap sangat. Resepi kat sini. Jom kita tengok resepi florentine cookies.

FLORENTINE COOKIES / BISKUT ALMOND CRISPY
200gm tepung florenta
200gm badam keping, dibakar dahulu ~ 5 minit suhu 160°C
100gm isi kuaci, dibakar dahulu ~ 5 minit suhu 160°C
20gm bijan hitam/putih

LANGKAH2 PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit sebelum membakar biskut. Alas loyang 14 inci x 14 inci dengan baking paper/parchment paper. 
2. Satukan ke semua bahan di atas & gaul rata. Tuang ke dalam loyang tadi & ratakann. Masukkan ke dalam oven selama 10 - 12 minit. Jangan lama sangat nanti permukaan biskut tak cantik. 
3. Keluarkan dari oven & terus potong ketika masih panas. Kalau dah sejuk, biskut akan mengeras. Siap.

Gambar kek pisang yang buat haritu. 
 
nyum!!!!

No comments:

Post a Comment