Pages

Monday 25 November 2013

Carrot Cake

Assalamualaikum w.b.t.

Hai... apa khabar semua. Selamat bercuti pada yang bercuti..pada yang bekerja pula, selamat bekerja. Lakukanlah kerja dengan seikhlas hati kerana kerja itu juga satu ibadah. InsyaAllah...jika bekerja dengan ikhlas dan jujur, di samping dapat gaji pada akhir bulan, kita juga boleh dapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t....2 dalam 1 kata orang sekarang. Ok, sekarang marilah kita tengok pula resepi kek lobak merah ni ataupun lebih popular orang panggil dengan nama carrot cake.
CARROT CAKE
Loyang Segiempat 8" x 8"
Bahan A: Disatukan dan Diayak
240gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
2½ - 3 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Bahan B: Diputar Sebati
4 biji telur gred A
225gm minyak jagung (~3½ cawan)
240gm gula perang
Bahan C
50gm dessicated coconut
230gm parutan lobak merah (~2½ cawan)
1 cawan nenas dalam tin, toskan & didadu kecil
1 cawan walnut, dibakar sekejap & dicincang kasar
½ cawan parutan epal hijau (optional)
Topping: Cream Cheese
100gm mentega
125gm Philadelphia cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula aising, diayak

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan oven pada suhu 180°C. Lenser loyang dengan butter, alas dasar loyang dengan baking paper. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan B ke dalam mixer & putar sebati sehingga gula hancur. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sehingga habis. Putar sebati, speed sederhana.
3. Kemudian masukkan Bahan C. Gaul rata hingga sebati menggunakan spatula sahaja. Tuangkan ke dalam loyang tadi & bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
5. Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum disapu topping cream cheese.
6. Cream Cheese: Putar sebati mentega & cream cheese. Masukkan gula aising & esen vanilla. Terus memutar hingga gebu dan halus, kelajuan sederhana. Sapukan pada kek. Siap.
7. Note: Kalau nak buat separuh dari adunan, boleh guna loyang segiempat 7" x 7" atau loyang bulat diameter 7".
Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment