Pages

Monday 25 November 2013

Apple Crumble Pie

Assalamualaikum w.b.t.
Apple crumble ni saya buat minggu lepas. Baru hari ni sempat nak masukkan ke blog. Resepi asal dia saya dapat di sini. Kalau nak tau info pasal buah epal pon boleh refer di situ juga. 
APPLE CRUMBLE PIE
Kulit Pastri
240gm tepung gandum
170gm mentega sejuk, didadu
2 sudu besar gula aising
4 sudu besar air dari peti sejuk (air ais)
1. Gaul rata tepung gandum dengan gula aising. Masukkan mentega & gaul dengan menggunakan garfu/hujung jari sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan air ais sesudu demi sesudu & gaul rata. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh ke dalam plastic bag & simpan dalam peti ais selama 30 minit.
Inti
6 biji apple hijau granny smith
1 biji parutan kulit lemon
2 sudu besar mentega
100gm gula perang
2-3 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu teh garam halus
1. Hiris nipis apple yang telah dibuang kulit & bijinya. Ketepikan.
2. Cairkan mentega & gula dalam kuali & dikacau rata. Kemudian masukkan hirisan apple tadi & gaul rata.
3. Masukkan garam, serbuk kulit kayu manis & tepung jagung. Kacau lagi sehingga apple lembut & kuahnya pekat. Masukkan parutan lemon. Matikan api & biar sejuk.
Crumble a.k.a. Bahan Taburan
80gm tepung gandum
35gm mentega tanpa garam
35gm gula
35gm coklat chip (optional)
1. Gaulkan mentega, tepung & gula sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan coklat chip & gaul rata. Ketepikan.

LANGKAH² PENYEDIAAN
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C. Sediakan acuan pie 12".
2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Canai nipis doh pastri dengan ketebalan 5mm. Alihkan ke dalam acuan pie. Kemaskan tepinya & buangkan lebihan pastri. Cucuk²kan dengan garfu pada dasarnya.
3. Tuangkan inti tadi ke dalam pie sehingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan (jika suka). Taburkan crumble sehingga menutupi inti apple. Hiaskan dengan baki hirisan apple tadi.
4. Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220°C. Kemudian turunkan suhu pada 190°C & bakar lagi selama 45 minit sehingga bahagian atas pie bewarna perang.
5. Siap. Hidangkan & sedap dimakan semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment