Pages

Tuesday, 29 October 2013

Childhood Memories: Permainan Teng Teng a.k.a. Jengket

Assalamualaikum w.b.t.

Sesiapa yang lahir pada tahun lewat 60an, 70an atau mungkin 80an pun tahu akan permainan yang dipanggil teng teng a.k.a. jengket. Di kampung saya, lebih dikenali sebagai jengket. Teringat lagi waktu kecil² dulu, tak kira pagi ke tengahari ke ataupun petang, sibuk nak main jengket. Kitaorang bermain di atas pasir di halaman rumah ibu saudara, dan bila habis jer bermain, tapak kaki....masyaallah......kotor ya amat.
Ha, gambaran permainan jengket macam gambar di atas tu. Ia biasanya dilukis di atas tanah (macam gambar sebelah).
(gambar ihsan google)
Ada juga yang lukisan kekal dilukis dengan cat di atas simen atau padang rumput. Tapi saya dulu menggunakan kayu dan lukis atas tanah saja. Tiap kali nak main, kitaorang akan lukis. 
(gambar ihsan google) 
Permainan jengket ini memerlukan lebih dari seorang. Paling banyak pun 3-4 orang. Kang kalau ramai sangat, lambat pulak nak sampai turn kita. Jadi setiap orang akan mempunyai serpihan kaca, digunakan untuk membaling pada rumah-rumah yang bernombor 1-7 itu.

Permainan bermula dengan undian siapa yang akan mula dahulu, samada melalui one o som ataupun cabut lidi. Siapa dapat lidi paling panjang, dia akan mula dulu & yang paling pendek pula tempat terakhir. Kaca/tudung botol akan diletakkan di rumah no. 1, peserta pertama akan melompat terus ke rumah no. 2 dgn sebelah kaki, lompat ke rumah no. 3 dan seterusnya sampai rumah no. 7. Di rumah no. 7 perserta dapat merehatkan kaki dengan meletakkan kedua-dua tapak kaki di rumah no. 7 (untuk ambil nafas). Kemudian sambung menjengket semula ke rumah no. 3 & 2. Dari rumah no. 2, peserta kena membongkok dgn sebelah kaki untuk mengambil kaca di rumah no. 1, dan seterusnya melompat keluar, tidak boleh memijak garisan, kalau terpijak, batal dan terus ke giliran peserta ke2 pula.

Sekiranya berjaya, kaca akan dilempar ke rumah no. 2 pula dan begitulah seterusnya. Perlu diingatkan yang mana rumah yang ada kaca/tudung botol, kita kena melompat rumah tersebut. Begitulah sehingga habis (rumah no. 7). Rumah no. 7 agak penat sedikit, sebab kita tidak boleh merehatkan kaki. Dari rumah no. 6 kita akan membongkok mengambil kaca di rumah no. 7 dan terus melompat kerumah no. 3, 2 & 1.

Setelah habis semua rumah, kita akan membawa kaca di atas kepala dan berjalan sampil memejam mata melalui setiap rumah tanpa memijak garisan. Selepas itu kita akan melompat keluar garisan rumah no. 5 & akan membaling kaca tersebut ke mana² rumah. Sekiranya kaca betul² masuk ke dalam mana² rumah, rumah itu akan menjadi miliknya (rumah itu akan ditanda). Jadi peserta lain dikehendaki melompat rumah tersebut. Permainan diulang sehingga habis rumah ditanda oleh peserta. Siapa yang paling banyak mendapat hakmilik rumah, maka dialah pemenangnya.

Saya dulu kalau main ni sampai tak ingat nak balik makan tengahari. Seronok...dan menyihatkan.  Tapi sekarang, kat kampung² pun jarang ada dah. Tapi di sesetengah sekolah masih dipraktikkan...Sekurang² tak pupusla permainan teng² a.k.a. jengket ni.

No comments:

Post a Comment